anak bijak

Didik Al Quran

Frozen babyfood dengan avent steamer & blander

Assalamualaikum

Sudah tiba masanya Ibaadurrohmaan makan! teruja untuk buat makanan ni. Macam-macam dah cuba..ada brokoli , kobis bunga , pear , epal , carot , labu , kentang , keledek dan macam-macam lagi..yang banyak membantu pastinya avent blander and steamer. Beli time expo baby..kalau tak mahal betul harganya. Ada yang campur dengan oat dan ada yang campur dengan nasi. Biar gambar berbicara.

merdekakah kita?

Assalamualaikum

Siapa yang tidak inginkan merdeka?
Merdeka bererti bebas. Bebas daripada dikongkong dan dijajah. Alhamdulillah, hari ini Malaysia menyambut hari kemerdekaannya yang ke 57. Pada dasarnya kita sudah merdeka dari dijajah penjajah tetapi pada hakikatnya, adakah kita sudah benar-benar merdeka? Lihat di sekililing kita. Apa yang telah kita capai hasil kemedekaan ini. Zahirnya penjajah sudah tiada di depan mata. Batinya penjajah masih berada di dalam diri kita. Ya penjajah sudah lama meninggalkan jejak langkah mereka. Namun pemikirannya masih mekar tersemai dikalangan kita


selamat datang njoi

Assalamualaikum

Akhirnya setelah sekian lama mengidamkan tanpa astro, akhirnya berjaya juga. tanggal 7 jun tiada lagi astro di dalam saluran tv kami. Tiada astro, tiadalah saluran yang diputarkan berkali-kali cerita yang sama.

Cara meredhakan anak yang menangis dengan kuat

Assalamualaikum

Sejak dua menjak ni anak Muna kuat betul menangis. Tidak tahulah silap apa. Bagi yang first time dapat anak sure tak tau dah nak buat apa. Teringat masa kecil2 pernah ikut mama dan baba ke UM dan jaga adik.Mama ke UM untuk selesaikan urusan kerja, kebetulan cuti sekolah, Muna ikut la juga. Muna pula dari kecil tinggal di asrama jadi hubungan antara adik tu 'rapat' sikit.hihihi. Adik pula selalu menangis, last2 Muna pun menangis juga bila nampak kereta baba dan mama lalu depan mata sedangkan dah janji nak ambil terus lepas habis urusan dan pergi ke tempat lain. lebih-lebih lagi, ada seorang pakcik ni suka sangat mintak nak pegang adik. Muna risau...

Potty Traning Mahdi 'Aakif

Assalamualaikum

Alhamdulillah untuk misi sepanjang cuti sekolah ini Mahdi 'Aakif dapat menjalani proses tanpa pampers dengan jayanya. Percubaan selama 1 hari bertanya bermula Sabtu, 31.5.2014 akhirnya hari ke 3 Mahdi sudah maklumkan kepada ku nak cing. 

10 Makanan paling menggemukkan Malaysia

Assalamualaikum
 
Kita semua memang sukai makanan. Lagi-lagi makanan lazat Malaysia seperti nasi lemak and roti canai. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?

Hari pertama ke Taska

Assalamualaikum

Alhamdulillah selesai sudah percutian ku selama 70 hari sempena cuti bersalin. Hari pertama menghantar 'Ibaad ke taska merupakan cabaran buatku. Boleh ke 'ibaad menyesuaikan diri? ada yang mencadangkan hantar awal supaya kita tahu apa keperluan bayi tu, lebih-lebih lagi bayi yang bf. Cukup ke tak susu yang dihantar? tapi Muna tak buat begitu.hihihi

7 Tips Motivasi Pagi Untuk Lebih Bersemangat

Assalamualaikum

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

Cara pegang bayi semasa penyusuan

Assalamualaikum

Sesiapa yang kali pertama dapat anak mesti risaukan. Macam manalah nak pegang supaya tak jatuh. Bayi kan lembik je. Anak-anak Muna kalut nak pegang tapi Muna tak pagi..yelah masing-masing baru 2 tahun dan 6 tahun. Alhamdulillah Muna tidak berasa janggal untuk pegang sebab pernah pegang adik masa kecil. Muna anak ke 5 dari 12 orang jadi sudah biasa dengan budak kecil. Namun untuk pegang bayi bagi menyusu merupakan pengalamanan pertama semasa dapat anak pertama 6 tahun dahulu ~~

Bila waktu yang sesuai untuk pam susu?

Assalamualaikum

Semalam ada kawan tanya mengenai susunya yang kurang. Minta pendapat waktu pam yang sesuai.

kenali ciri-ciri najis bayi

Assalamualaikum

hari ini nak kongsi sedikit info mengenai najis bayi. Kadang-kadang Muna tengok najis ibaad warna kuning sangat..kadang-kadang hijau.. Jadi Muna confius, ok ke tak si kecil ni. Walau dah anak 3 masih lagi risau.

Berkursus di Kedah

Assalamualaikum

Genap 3 hari kami sekeluarga pulang dari Kedah. Pergi ke sana sebab suami yang berkursus. Kami yang lain-lan hanya duduk di dalam Hotel. Rasa menyesal pun ada sebab tak bawa kereta sendiri. Kereta suami jenis manual jadi diri ini tidak pandai membawanya. Asalnya memang suami cadangkan bawa kereta sendiri tapi Muna cakap tak perlu. Jadi terimalah akibatnya, bertapa di dalam hotel.hihihi

MR & MRS HAFIEZY MINI GIVEAWAY

Assalamualaikum

Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 2. Semoga sentiasa dibawah lindungan NYA dan mendapat keredhaan NYA dalam setiap perbuatan dan tutur bicara , dikurniakan rezeki melimpah ruah beserta cahaya mata penyeri hidup kalian nanti. Allahumma aaamiin.

Susu warna kuning?

Assalamualaikum

Masih ku ingat semasa memerah hari ke 4 pantang. Akibat ianya membengkak, jadi nak tak nak kena perah awal. Bila dah perah, tengok-tengok ianya berwarna kunig. Aiyyo..kenapa begitu?hihihi bagi gempak sikit.. 

MH370

Assalamualaikum

Tiada daya yang dapat kita lakukan hanya berdoa kepada NYA..

Makanan ibu dalam pantang

Asslamualaikum
Disebabkan Muna dalam pantang jadi Muna ingin kongsikan makanan apa yang boleh dan sesuai dimakan oleh orang berpantang. Artikel dari Utusan Malaysia yang dikeluarkan pada 15/5/2007. Selamat membaca ~~

Ayam Selasih, makanan dalam pantang.

Assalamualailaikum

Menu hari ini ku untuk berpantang ialah ayam selasih. Ayam ni suami beli di Lahat. bawa balik dalam keadaan hidup dan sihat. Beli 2 ekor, 1 ekor untuk Muna, 1 ekor lagi untuk bapa mertua. Muna tumpang je sebenarnya sebab asal beli ayam ni pun untuk ayah mertua. Kebetulan ada 2 ekor suami belikan sekali untuk Muna. Seekor dalam RM60 lebih..Terima kasih ya habibati ~~. 

Breast Pump Double Autumnz, pam baru ku

Assalamualaikum

Seperti entry sebelum ni Muna ada maklumkan yang Muna ada beli pam baru dan pam lama Muna snowbear merajuk.he3..Jadi di sini Muna ceritakan kelebihan yang ada pam ini yang membuatkan Muna teruja mahu membelinya. Lebih-lebih lagi, Muna tidak pernah ada pam jenis double. Walau hakikatnya sudah lama berkenan dengan Medela Free Style, tapi tahan ke diri untuk membelinya. Lepas ni tak ada dah tahan ke diri. ~~

Menukar batang paip

اسلام عليكم ورحمة الله وبركته

Beberapa hari lepas Muna pergi ke Tesco sebab ada date dengan kawan ~~. Selesai urusan, terasa awal untuk mengambil anak-anak dari taska. Jadi pusing-pusinglah, window shopping orang kata. Al-kisah masuklah DIY, pusing punya pusing, belilah Muna beberapa barang. Yang paling best Muna beli batang paip dan rak.he3

Dengar jantung bayi dalam perut dengan Angel Sounds

اسلام عليكم ورحمة الله وبركته

Angel sounds, bunyi macam best je kan. Angel sound ni alat untuk mendengar degupan jantung bayi dalam kandungan. Alat ni Muna beli semasa mengandungkan Mahdi 'Aakif. Sekarang ni alatan makin canggih, jadi kita juga boleh melakukan apa yang nurse buat.hehehe..

Cara menghentikan penyusuan badan anak

اسلام عليكم ورحمة الله وبركته

Hari ini genap seminggu Mahdi 'Aakif berhenti menyusu badan. Setelah membaca perkongsian di internet dan bahan bacaan, akhirnya Muna cuba salah satu kaedah yang di anjurkan. Semasa abangnya Nasrullah tidak ada masalah untuk berhenti kerana Nasr tidak bersama Muna semasa berumur 1 tahun lebih lagi kerana Muna berkursus KPLI selama 1 tahun di Bangi dan Nasr tinggal bersama mak mertua di Kelantan.

Resepi Roti Jala Sedap

اسلام عليكم ورحمة الله وبركته

hari minggu yang lalu, Muna berpeluang menjala. Resepi yang diperolehi dari pakcik google. Alhamdulillah menjadi roti jalanya. Cepat je habis. Roti jala boleh dimakan bersama sambal pedas dan kari. Muna sekeluarga memakannya bersama kuah kari. Kari pula lebihan dari masakan malam kami. Roti jala ini di buat untuk sarapan. Di sini Muna sertakan resepi pasti jadi yang Muna cuba. Sedap dan cukup perisa ~~

Hukum pendarahan sewaktu mengandung

اسلام عليكم ورحمة الله وبركته

Alhamdulillah banyak juga kerja di awal persekolahan sudah selesai. Sekarang ini hanya kerja-kerjas susulan sahaja yang perlu di buat penambah baikan. Ok seperti tajuk yang Muna ingin kongsikan hari ini, rata-rata ramai yang konfius bila ada pendarahan yang berlaku semasa mengandung. Lebih-lebih lagi apabila darah yang keluar dipenghujung, berdekatan dengan tarikh date due. Adakah kita perlu solat?..darah tersebut dikira darah apa?

42 kelebihan berselawat kepada Nabi

اسلام عليكم ورحمة الله وبركته

Telah tiba Maulidurrasul atau lebih dikenali kelahiran Nabi MUhammad sallallahu'alaihi wasallam. Kita dianjurkan untuk perbanyakkan selawat kepadanya dan melakukn perkara yang disukai oleh Rasulullah...

Akhirnya tahu cara menguplod file dari box.com ~~ (Rancangan Pengajaran Harian KSSR)

 اسلام عليكم ورحمة الله وبركته

Alhamdulillah, akhirnya hasil perkongsian cara meng'embed' telah terjawab. Rupa-rupanya perlu letak di dalam folder dan embed folder tersebut, barulah boleh di keluarkan kesemuanya. Terima kasih kepada admin jqaf skph kerana menolong..

Roselle ku sudah matang

 اسلام عليكم ورحمة الله وبركته

Petang kemarin suami tanya bila nak petik Roselle tu?..Hmmm..baru teringat yang Roselle ku sudah matang..Usia Roselle ku sama dengan cuti sekolah bulan 11 dan 12 baru ni sebab yang bagi biji benih adalah rakan persekolahan bagi pendidikan khas. Dalam jadual waktu pendidikan khas ada masa berkebun dan tahun lepas Muna ada mengajar di sana, jadi biasalah makan dan beli hasil tanaman mereka.