اسلام عليكم ورحمة الله وبركته
Hari ini genap seminggu Mahdi 'Aakif berhenti menyusu badan. Setelah membaca perkongsian di internet dan bahan bacaan, akhirnya Muna cuba salah satu kaedah yang di anjurkan. Semasa abangnya Nasrullah tidak ada masalah untuk berhenti kerana Nasr tidak bersama Muna semasa berumur 1 tahun lebih lagi kerana Muna berkursus KPLI selama 1 tahun di Bangi dan Nasr tinggal bersama mak mertua di Kelantan.
Walaupun Mahdi tidak berumur 2 tahun lagi Muna sudah memberhentikan penyusuannya kerana tarikh due date baby Muna sekarang sama dengan tarikh lahir Mahdi pada tahun 2012. Muna risau akan ada perebutan nanti apabila melihat akan kekuatan Mahdi.hehehe..Pelbagai kaedah diperkongsikan, ada yang sarankan meletakkan asam jawa, benda-benda pahit dan pelbagai benda lagi untuk di letakkan.Muna tidak mencuba kaedah tersebut kerana bagi Muna kaedah tersebut kurang berkesan kerana Mahdi suka makan. Makanan yang pedas pun Mahdi suka. Muna dapat rasakan anak-anak sekarang amat bijak. Hasil bacaan Muna, ada anak-anak yang meminta ibunya basuh kerana kotor dan ada yang mengambil sendiri tisu untuk mengelap.hebat sungguh ~~
Kaedah yang Muna gunakan amat simple, iaitu kaedah memujuk. Alhamudulillah, cukup senang. Setiap kali Mahdi merengek, Muna akan katakan ianya untuk baby dan memeluk dengan erat dan menawarkan perkara lain. Dengan penuh senyuman, Mahdi akan mengangguk dan kerja Muna menjadi mudah. 2 orang anak, 2 karekter berbeza. Mahdi terkenal dengan anak yang mudah memberi senyuman, pemurah senyuman.
Begitulah sepanjang 3 hari, pujuk dan cakap sahaja dengan Mahdi. Alhamdulillah sehingga kina Mahdi tidak pernah meminta. Dan apa yang menggembirankan Muna, makin banyak sebutan yang Mahdi dapat sebut. Yang terbaru Tutu, untuk Susu..Sebelum ini Mahdi biasanya hanya menunjukkan tin yang telah tersedia.
Apa-apa pun kaedah yang kita jugakan pastikan bersesuaian. Anak-anak sekarang bijak. Mungkin pembaca semua boleh mulakan dengan kaedah memujuk dahulu. Hati si ibu juga perlu kental. Bil anak merengek jangan terus memberi, anak-anak juga pandai menguji ~~
No comments:
Post a Comment