اسلام عليكم ورحمة الله وبركته
Alhamdulillah banyak juga kerja di awal persekolahan sudah selesai. Sekarang ini hanya kerja-kerjas susulan sahaja yang perlu di buat penambah baikan. Ok seperti tajuk yang Muna ingin kongsikan hari ini, rata-rata ramai yang konfius bila ada pendarahan yang berlaku semasa mengandung. Lebih-lebih lagi apabila darah yang keluar dipenghujung, berdekatan dengan tarikh date due. Adakah kita perlu solat?..darah tersebut dikira darah apa?
hmm...Sebahagian ulama menetapkan darah yang keluar semasa hamil bukan haid. Kerana mengikut sains, proses haid tidak berlaku kerana sudah berlaku persenyawaan dan kehamilan. Darah yang keluar bersama lendir pula dikira sebagai darah rosak. Wanita yang mengalaminya perlu solat seperti biasa. Ibu hamil tidak perlu solat hanya selepas darah yang keluar itu bersama bayi. Sama juga kes seperti keguguran, selagi darah yang keluar tidak bersama janin, Ibu hamil perlu solat dengan segera. Sekiranya tidak larat, seperti sangat sakit, ibu hamil perlu segera solat setelah suci daripada nifas.
Tambahan sikit mengenai air ketuban.Muna pun baru tahu.hehehe. Memang membaca ni jambatan ilmu ~~.
Air ketuban terhasil dari bendalir ibu yang ditapis melalui uri dan air kencing bayi di dalam kandungan. Selepas kandungan empat bulan, hampir kesemuanya adalah air kencing bayi. Sebab itulah air ketuban adalah najis. Ibu hamil perlu bersuci bagi menghilangkan najis dan berwudhu' seperti biasa sebelum bersolat apabila air ketubannya sudah kering.
sumber buku Fikah Perubatan PTS
No comments:
Post a Comment