anak bijak

Didik Al Quran

Roselle ku sudah matang

 اسلام عليكم ورحمة الله وبركته

Petang kemarin suami tanya bila nak petik Roselle tu?..Hmmm..baru teringat yang Roselle ku sudah matang..Usia Roselle ku sama dengan cuti sekolah bulan 11 dan 12 baru ni sebab yang bagi biji benih adalah rakan persekolahan bagi pendidikan khas. Dalam jadual waktu pendidikan khas ada masa berkebun dan tahun lepas Muna ada mengajar di sana, jadi biasalah makan dan beli hasil tanaman mereka.

Memang senang sangat pokok Roselle ni nak tumbuh. Kita tanam je pastu dengan bantuanNya dan rahmat hujan dariNYA lah pokok ini tumbuh. Muna kadang-kadang tak sempat nak menyiram pokok.  Hasil yang dapat banyak juga. Teruja Mahdi nak mengutip. Ini adalah hasil dari 1 pokok yang berimbun dari 1 biji benih Roselle sahaja da nada juga Muna tanam menggunakan batang pokok yang dikerat. Pokok asal sudah tinggi, jadi untuk mengelakkan dia makin tinggi dan biar merimbun, Muna kerat. Keratan pokok tu Muna cuba tanam dan Alhamdulillah ianya turut tumbuh dengan jayanya. Sudah ada buah yang keluar tapi masih belum matang. Selepas itu, proses membuat air pula..bestnya ~~



Ini pula proses untuk membuat air Roselle..




Asingkan daun dan biji benih. Biji tersebut bolehlah di tanam kembali. Ada orang yang buang dan ambil betul-betul isi dalam biji tersebut. Tapi Muna terus tanam je. Alhamdulillah kawasan tanah rumah Muna subur jadi senang nak membesar. Buat masa ni ada juga tanam betik dan labu tapi tiada hasil kerana kata mertua perlukan jantan dan betina baru boleh dikawinkan dan tumbuh dengan jaya. Kesemua yang di tanam tumbuhnya jantan. Tak tahulah Muna camna nak bezakan.hehehe ~~

No comments:

Post a Comment