anak bijak

Didik Al Quran

Breast Pump Double Autumnz, pam baru ku

Assalamualaikum

Seperti entry sebelum ni Muna ada maklumkan yang Muna ada beli pam baru dan pam lama Muna snowbear merajuk.he3..Jadi di sini Muna ceritakan kelebihan yang ada pam ini yang membuatkan Muna teruja mahu membelinya. Lebih-lebih lagi, Muna tidak pernah ada pam jenis double. Walau hakikatnya sudah lama berkenan dengan Medela Free Style, tapi tahan ke diri untuk membelinya. Lepas ni tak ada dah tahan ke diri. ~~



kotak luaran
Ok, kenapa Muna pilih pam ni ialah :
1.) Tahan Lama (Jaminan 1 tahun)
2.) CANGGIH, ada touch pad

3.) Double pam yang mempunyai separate tiub..boleh jadi single , boleh naikkan volume kiri atau kanan , boleh pam bergilir-gilir.
4.) TAK Sakit & paling best bunyi SENYAP
5.) Sekali dengan Manual Pam..
6.) Boleh pakai Elektrik & Bateri & Manual..
7.) Ringan, 500g (senang nak bawa travel)

8.) Ade 9 Level sedutan termasuk massage, ( sesiapa yang jenis payah keluar susu mmg sesuai sebab boleh massage dulu)
9) Yang penting sekali, harga mampu milik ~~ 

Apa yang Muna dapat
Apa yang pasti Muna suka sangat beg Vcool yang sekali beli dengan pam ni. Ala-ala tentera gitu.hehehe. banyak ruang yang boleh diisi dan yang best lagi, pamnya warna purple..My favorite colour!


Percubaan pertama yang menggembirakan ~~
Lepas je dah sampai, basuh dah sterilekan part2 yang mana perlu dan apa lagi, terus guna. Dapat 5 oz..4 oz simpan dalam freezer. 1 oz bagi pada si kecil. Sayang.he3..

Muna syorkan sangat la kepada sesiapa yang nak beli pam ni. Happy breastfeeding semua yer..Kali ni nak cukup 2 tahun.. Chaiyok!.

No comments:

Post a Comment