anak bijak

Didik Al Quran

Ayam Selasih, makanan dalam pantang.

Assalamualailaikum

Menu hari ini ku untuk berpantang ialah ayam selasih. Ayam ni suami beli di Lahat. bawa balik dalam keadaan hidup dan sihat. Beli 2 ekor, 1 ekor untuk Muna, 1 ekor lagi untuk bapa mertua. Muna tumpang je sebenarnya sebab asal beli ayam ni pun untuk ayah mertua. Kebetulan ada 2 ekor suami belikan sekali untuk Muna. Seekor dalam RM60 lebih..Terima kasih ya habibati ~~. 

comelkan ayamnya ~~
Ayam selasih ni dikenali juga sebagai ayam hitam. Ia elok untuk :
  • melancarkan peredaran darah
  • melegakan sakit pinggang, sendi dan lutut
  • menguatkan hati dan buah pinggang
  • melegakan asma
  • baik untuk diabetes
  • meyelesaikan masalah buasir 
  • menaikan seri muka, mencantikkan kulit.


ayam betina
Resepi untuk masakan ni hanya buat seperti sup ayam biasa dan dicampurkan dengan kurma cina, longan kering dan lobak merah. Yang bapa mertua di ambil patinya sahaja. Ayam tidak dimakan kerana terlalu banyak herba. 

dah tak nampak rupa sebab bila dah buang bulu sikit je isinya macam burung 
anak-anak yang selalu tumpang makanan ibunya.hehehe
Selamat menjamu selera ~~

No comments:

Post a Comment