anak bijak

Didik Al Quran

Susu warna kuning?

Assalamualaikum

Masih ku ingat semasa memerah hari ke 4 pantang. Akibat ianya membengkak, jadi nak tak nak kena perah awal. Bila dah perah, tengok-tengok ianya berwarna kunig. Aiyyo..kenapa begitu?hihihi bagi gempak sikit.. 

Susu berwarna kuning kerana ianya memang warna permulaan bagi susu yang diberi nama kolostrum. Kolostrum ni terdapat banyak faedahnya. Jadi lepas dah pam, Muna pastikan anak Muna dapat balik susu tu. Letakkan la dalam botol senang nak bagi minum. Alhamdulillah senang je si kecil minum. Tapi keesokkan harinya si kecil tak mahu dah. banyak juga rupanya kolostrom tu. Muna bayangkan ianya hanya hari pertama sehingga ke tiga. Rupa-rupanya selagi tak habis, selagi tulah warnanya kuning. 

Ok, antara khasiat susu kolostrom ni ialah :
  1. kaya antibodi yang mana ia melindungi dari jangkitan dan alahan.
  2. kaya sel darah putih juga yang mana ia untuk melindungi anak dari sebarang jangkitan.
  3. kaya vitamin A dan E yang mana ia membantu tumbesaran anak
  4. Faktor pertumbuhan yang mana ia mematangkan usus dan mencegah alahan
  5. laksatif yang mengeluarkan mekonium (najis bayi semasa dalam kandungan ibu) dan mencegah jaundis
Alhamdulillah memang anak Muna mendapat khasiat ini sebab kalau ikutkan Muna dan anak-anak lain semuanya selsema dan batuk tadi sehingga sekarang, pantang hari ke 12, anak Muna masih sihat wal 'afiat.

Semasa bengkak juga sekiranya ada abangnya yang kecil lagi boleh la bagi pada abang untuk mengurangkan masalah bengkak. Muna tak ingat nak tangkap gambar jadi kawan-kawan tak dapat la tengok.hihihi

No comments:

Post a Comment