anak bijak

Didik Al Quran
Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Masak kari rempah selising

Assalamualaikum semua

Semalam menu malam kami ialah kari daging. Yang specialnya guna rempah selising ni. Rempah ini dari kelantan. Bila balik je ke kelantan macam2 mama akan bagi. Almaklumlah bukan selalu balik.
Rasanyanya best. betul macam mama cakap. Masaknya seperti masak kari yang selalu kita buat tu.

nutella cheese cake untuk birthday mahdi dan ibaad

Assalamualaikum

kejadiaan sudah berlalu, hari lahir anakanda berdua tadi ialah pada awal bulan 3..dengan menggunakan bahan2 yang sudah ada, maka terjadilah kek ini. Balik sahaja program sekolah terus bersilat di dapur.

Ayam Selasih, makanan dalam pantang.

Assalamualailaikum

Menu hari ini ku untuk berpantang ialah ayam selasih. Ayam ni suami beli di Lahat. bawa balik dalam keadaan hidup dan sihat. Beli 2 ekor, 1 ekor untuk Muna, 1 ekor lagi untuk bapa mertua. Muna tumpang je sebenarnya sebab asal beli ayam ni pun untuk ayah mertua. Kebetulan ada 2 ekor suami belikan sekali untuk Muna. Seekor dalam RM60 lebih..Terima kasih ya habibati ~~. 

Resepi Roti Jala Sedap

اسلام عليكم ورحمة الله وبركته

hari minggu yang lalu, Muna berpeluang menjala. Resepi yang diperolehi dari pakcik google. Alhamdulillah menjadi roti jalanya. Cepat je habis. Roti jala boleh dimakan bersama sambal pedas dan kari. Muna sekeluarga memakannya bersama kuah kari. Kari pula lebihan dari masakan malam kami. Roti jala ini di buat untuk sarapan. Di sini Muna sertakan resepi pasti jadi yang Muna cuba. Sedap dan cukup perisa ~~