anak bijak

Didik Al Quran

SELAMAT TAHUN BARU 2018

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah kita masih di sini. Menghirup udara pagi. Segar dan percuma. Tahun 2017 menjadi kenangan. Tahun 2018 pula pasti memberi satu keistimewaan buat kita pengharap rahmatNYA ini.


Jadi apa impian anda? Impian tahun 2017 pula macam mana? sydah tertunaikah?

Muna nak kongsikan impian dan harapan Muna pada tahun ni. Antara Impian Muna pada tahun ni ialah:

1. Istiqomah membaca 1 juzuk al-quran setiap hari

2. Istiqomah mengajar anak membaca quran mahupun buku dengan SABAR

3. Istiqomah bangun malam mengadap NYA.

Semuanya yang ukrowi ke Cik Muna ni? eh eh eh tak adalah. Bila kita istiqomah perkara yang ALLAH suka in sha Allah perkara lain pun senang je.

Antara 3 impian Muna lagi ialah :

1. Menjadi Super Agen ASMAK sebelum bulan 3 2018

2. Untung bersama ASMAK lebih RM3K setiap bulan

3. Menjadi LEADER yang berilmu dan memBERI

Yang mana baca impian Muna ni tolong AAAMIIN kan ya. Muna doakan semua impian sahabat yang lain berjaya.

SELAMAT TAHUN BARU 2018 yaaa


No comments:

Post a Comment