Assalamualaikum semua
Semalam menu malam kami ialah kari daging. Yang specialnya guna rempah selising ni. Rempah ini dari kelantan. Bila balik je ke kelantan macam2 mama akan bagi. Almaklumlah bukan selalu balik.
Ada bawang. Ada santan. Ada asam jawa. Ada rempah kari. Ada kentang. yang penting kena ada daging.hihihi.Ni ala kadar je. Kalau ada rempah 4 beradik tu boleh masuk dan asam jawa tu boleh ganti dengan asam keping. .Kalau masak daging ni Muna suka guna periuk Noxxa. Buat HP. Tup tup dah lembut. Tup tup dah boleh makan
Bila makan kari Muna suka makan dengan acar kobis. Bahan-bahan dia kobis, bawang besar, cili, cuka, limau kasturi, garam dan gula. gaul je bagi sebati pastu boleh masuk dalam peti sambil2 tunggu kari masak.
Tak lupa juga sambal belacan. Sekarang ni senang je buat sambal. masuk je dalam chopper dan kita tarik. Nanti hancurlah dia. Walau tak lumat tapi sekurangnya sedappp.
Hasil dalam chopper. kalau sambal ni Muna suka masukkan baawng merah dan cili padi yang dah di sangai. Tak mahu masukkan air kita campur dengan tomato. jadilah berair. Dulu nak buat sambal bercinta rasanya. Nak kena tumbukkan. Nanti pedih mata pula. Sekarang.....no more. Tak pedihkan mata lagi.hihihi
lauk yang siap tak ambil gambarnya akibat kelaparan. Tau2 acar dan habis dan kari tinggal sikit. Masuk dalan peti dan balik sekolah tadi makan kari cicah roti. Best...Yelah masakkan berlemak ni, keesokan harinya baru sedap.hihihi..
Oklah sampai di sini sahaja. Kita sambung lain kali. Muna baru mulakan simpanan emas. Boleh jengok link ini . Sambil menyimpan kita menjual..
No comments:
Post a Comment