anak bijak

Didik Al Quran

bersenam untuk sihat

Assalamualaikum

lama betul tak update blog. bukan setakat bersawang dah ni. Silap2 kalau rumah orang ni, dah ada orang lain masuk pindah dah.hihihi

Alhamdulillah Muna dah dapat baby baru. Biasalah bila dah ada baby, perut akan naik. time pregnant nak makan banyak mana pun kita rasa tak bersalah tapi bila dah keluar ni alamak tak dapat makan banyak2 nanti perut makin naik. lemak berkumpul dengan happynya.

Kalau kawal makan je tak akan selesai masalah. Jadi Muna kena bersenam. Dah ada dah list senaman yang sesuai. Jadi sementara masih cuti bersalin ni Muna akan cuba bersenam pagi2. yeahhh usaha Muna.

Senaman yang best adalah mengikut gerakan dari video. walaupun selalu salah tapi tak apa, bukan orang nampak pun.hihihi. Muna nak kongsikan video yang Muna suka ikut ni tapi tuannya berpakai 'sopan'. Jadi sahabat2 bolehlah download mana2 video yang berkenan di hati dari youtube. Baaaanyak sangat.


timbang sekarang dah 72 kg jadi misi nak turun sehingga 60 kg. paling kurang pun 65 kg sebab ni lah berat ideal Muna. 60kg tu timbangan semasa masih muda remaja. selepas kawin je 65kg.hihihi.

Jadi sahabat, berat sekarang dah berapa? jangan lupa bersenam ya. Bukan hanya untuk cantik tapi sihat yang utama.

No comments:

Post a Comment