anak bijak

Didik Al Quran

quran di desktop

Assalamualaikum

alhamdulillah hari ni dapat meneruskan rutin harian. tinggal 10 hari lagi nak kembali ke sekolah. Pagi2 agenda pertama adalah mengumpul stok bagi si kecil. Jadi amalan yang baik semasa mengepam ni ialah berzikir atau membaca quran.
Tapi biasalah bila dah buka notebook ni pasti benda lain yang akan dibuat. contohnya menulis blog ni. 

Hari ni hari Jumaat jadi kita akan baca suuratulkahfi. Banyak sangat kelebihan kenapa kita disarankan membaca surah ini. Antara yang utama adalah bagi mengelak fitnah dajjal. 

Jadi disni Muna nak kongsikan 1 software yang boleh kita download bagi memudahkan kita membaca di notebook mahupun laptop. Quran ni bukan hanya mudah dibaca malah proses download pun sekejap je . Rasa seperti real je baca quran sebab boleh diselak dan memudahkan pencarian dengan klik


Jadi sahabat semua bolehlah download ya. Jom tambah bekalan kita ke sana untuk bina istana kita dalam syurga nanti. Kita boleh design istana macam mana yang kita nak. Kisah istana sentiasa Muna ceritakan bila anak-anak buat amalan yang baik. Suka je bila masing2 ceritakan istana macam mana yang nak tinggal nanti. Jadi sahabat semua, selamat membina istana. =)

No comments:

Post a Comment