Assalamualaikum
Genap 3 hari kami sekeluarga pulang dari Kedah. Pergi ke sana sebab suami yang berkursus. Kami yang lain-lan hanya duduk di dalam Hotel. Rasa menyesal pun ada sebab tak bawa kereta sendiri. Kereta suami jenis manual jadi diri ini tidak pandai membawanya. Asalnya memang suami cadangkan bawa kereta sendiri tapi Muna cakap tak perlu. Jadi terimalah akibatnya, bertapa di dalam hotel.hihihi
Suami berkursus yang melibatkan praktikal sekali. Jadi suami memang bersedia dengan bahan bacaan. Ada pula peperiksaan juga jadi agak mendebarkan. Muna lupa dah nama apa kursus tersebut tapi yang pastinya pengiktirafan bagi kursus tersebut tahap international. Seronok mendengar suami bercerita apa yang perlu dilakukan. Antara soalan2 yang Muna ingat adalah bila apa yang perlu dilakukan sekiranya kanak-kanak tiba2 pengsang, sekiranya kanak-kanak tidak dapat bernafa apa yang perlu dibuat dulu dan macam-macam soalan lagi. O yer, suami Muna doktor kanak2 jadi jadi soalan yang ditanya berkisarkan penyakit kanak-kanak. Alhamdulillah suami lulus jadi balik ke Perak tu dalam keadaan happy ~~.
Kisah kami pula, hari pertama, kami keluar semasa makan tengah hari sahaja. Kami berjalan agak jauh kerana kebanyakan yang kami jumpa restoran cina. Malam pula kami keluar ke Mall AmanJaya bagi membeli bekalan supaya tidak kebuluran.hihihi
Hari ke 2 kami tidak perlu keluar kerana stok roti, biskut, buah-buhan dan air sudah banyak. Kami habiskan apa yang ada tapi malan kami tetap keluar dan menikmati Char Kue Teaw.
hari ke 3 kami check out pukul 4 untuk mengelakkan keletihan anak-anak menunguu di luar. Kami singgah di Mall AmanJaya dan menunggu di Marrybrown sementara suami habis berkursus. Apa yang lucunya, Nasr terputus seliparnya jadi semasa perjalanan ke Mall AmanJaya terasa ramai yang melihat. lebih-lebih lagi Muna memakai ring sling dan memimpin Mahdi. Terasa seperti bibik pula dengan beg galas. Semasa di Mall, mahdi dan nasr happy sebab dapat main play ground jadi masa menunggunya terasa sekejap. Suami habis pukul 6.30 petang dan kami terus bertolak balik ke Perak. Alhamdulillah..jom lihat beberapa gambar.
mahdi di loby Hotel di Kedah |
Mahdi senyum sokmo..Nasr muka toye sebab seliparnya putus |
makan-makan di marrybrown |
seronok ber rs sebab 'ibaad sentiasa tidur bila masuk ke dalam |
No comments:
Post a Comment