anak bijak

Didik Al Quran

Bila waktu yang sesuai untuk pam susu?

Assalamualaikum

Semalam ada kawan tanya mengenai susunya yang kurang. Minta pendapat waktu pam yang sesuai.

Hmm, ikutkan tiada waktu yang sesuai. Bila-bila masa terluang je boleh kita pam tapi untuk dapatkan susu yang banyak, bolehlah pada 3 waktu yang sesuai ni. Lagipun bila kita tak konsisten pam, susu kita akan drop. Muna tahu, kadang-kadang bila jadual penuh, pam pun tak sempat. Walau bagaimana pun, dalam 1 hari, usahakan agar boleh pam ya. 1 kali pun dah cukup. Cuba curi masa tu. ~~..Oklah antara waktu- wakatu sesuai ialah :

1. Perah sambil menyusu anak. 
Biasa bila kita menyusukan anak ada rasa ngilukan sebelah lagi, jadi time ni lah waktu yang sesuai nak pam. Mungkin payah pada mulanya tapi bila kita dah biasa mudah sahaja. Lebih-lebih lagi kita pun happy sebab susu makin banyak.

2. Perah selepas menyusu.
Bila kita perah lepas menyusu ni, dia macam bagi signal kat badan kita yang susu masih diperlukan. Mula-mula sikit je dapat. tapi lama kelamaan kuantiti makin banyak. Pastikan kita pam tu antara waktu sejam lepas menyusukan anak.

3. Perah waktu tengah malam.
Waktu tengah malam ni hormon kita paling tinggi. Namanya hormon prolaktin. Penghasilan susu time nilah paling banyak sebab tulah biasanya bila bangun pagi penuh je rasa. Bolehlah perah antara jam 1 pagi hingga 5 pagi.

Muna paling suka perah time lepas bangun tidur dan sambil menyusukan anak. Untuk stok 'ibaad ni paling banyak dapat 6 oz dan paling sikit dapat 1 oz.


Apa pun, bila susu kurang, jangan putus asa dan stress sebab bila stress susu akan makin kurang. Yakinkan diri susu kita banyak dan cukup. Ada kawan sekolah Muna, dia perah hari ni untuk bagi anaknya esok. Sangat gigih sebab bagi dia, 6 bulan pertama, anak perlu minum susu ibu sahaja, barulah senang dijaga kerana tidak mudah sakit. Yang lagi hebat, susu dia hanya sebelah sahaja yang terhasil sebab dia pernah buat rawatan jadi sebelah lagi sudah tidak berfungsi untuk hasilkan susu. Tuan pun comel.hihihi.

Oklah, Muna harap ianya bermanfaat untuk semua. 

1 comment: