Assalamualaikum
Sesiapa yang kali pertama dapat anak mesti risaukan. Macam manalah nak pegang supaya tak jatuh. Bayi kan lembik je. Anak-anak Muna kalut nak pegang tapi Muna tak pagi..yelah masing-masing baru 2 tahun dan 6 tahun. Alhamdulillah Muna tidak berasa janggal untuk pegang sebab pernah pegang adik masa kecil. Muna anak ke 5 dari 12 orang jadi sudah biasa dengan budak kecil. Namun untuk pegang bayi bagi menyusu merupakan pengalamanan pertama semasa dapat anak pertama 6 tahun dahulu ~~
Oklah, cara pegang bayi ni macam ni, bayangkan tau :
1. Kepala, badan dan punggung bayi berada dalam keadaan yang lurus dan selari. Sekiranya perlu, pegang pada bahu bayi.
2. Muka dan seluruh badan bayi menghadap ke payudara bayi
3. bayi dipegang rapat dengan ibu tanpa sebarang halangan
4. Ibu tidak perlu membongkok kepada bayi (senang sakit belakang nanti)
5. Seluruh badan bayi hendaklah disokong dengan tangan mahupun bantal.
Elakkan dari memegang bahagian belakang kepala bayi semasa menyusu kerana ia mengganggu tindak balas refleks yang normal.
Yang penting ibu dan anak selesa. gunakan beberapa biji bantal yang diletakkan di belakang, kiri dan kanan ibu bagi keselesaan dan seeloknya kaki diletakkan di atasa kerusi kecil sekiranya mahu menyusu sambil duduk.
No comments:
Post a Comment