Assalamualaikum
Alhamdulillah selesai sudah percutian ku selama 70 hari sempena cuti bersalin. Hari pertama menghantar 'Ibaad ke taska merupakan cabaran buatku. Boleh ke 'ibaad menyesuaikan diri? ada yang mencadangkan hantar awal supaya kita tahu apa keperluan bayi tu, lebih-lebih lagi bayi yang bf. Cukup ke tak susu yang dihantar? tapi Muna tak buat begitu.hihihi
Ok bermula lah misi bangun awal ku. dan pagi semalam merupakan jadual paling awal Muna bangun, iaitu pukul 4 pagi. Selesai urusan sebagai hambaNYA, Muna meneruskan sesi pam dan menyediakan beg susu untuk Ibaad serta keperluan beg anak-anak ke taska. Untuk bekalan susu 'Ibaad, Muna sediakan 1 botol susu yang baru diperah dan 4 botol susu beku. Kesemuanya 3 oz bersamaan 90 ml susu bagi setiap botol.
Tepat pukul 10 pagi, Muna call taska untuk mengetahui perkembangan si kecil dan Alhamdulillah tiada masalah, cuma Mak Long (pemilik taska) kata pada mulanya 'Ibaad tidak mahu minum dan setelah menggunakan puting MAM baru 'Ibaad mahu. Memang dalam rangka awal ingin membeli botol MAM tapi disebabkan Mahdi tiada masalah dengan botol yang diberi di rumah, cadangan itu dilupakan.hihihi. Di rumah 'Ibaad hanya menggunakan botol Bee Son dan Mahdi mahu tapi untuk keselesaan yang menjaga, Muna belikan juga botol MAM. Untuk Mahdi dulu botol PIEGON dan sekarang menggunakan cawan. Alhamdulillah, keperluan susu juga cukup, malah terlebih.
di kedai ada offer combo jadi beli 2 botol terus, 1 putih 1 pink |
Jadi untuk hari ke dua ini, Muna hanya bekalkan 1 botol susu baru dan 3 botol susu beku dan Muna terlupa tanya ada lebih atau tidak sebab bekas tersebut tertinggal di taska. Disebabkan fikir ada 2 beg menyusu, takpelah tak ambil pun.hihihi..Hmm, apa yang menggembirakan juga, hasil perahan hari ni banyak dari semalam sedangkan diri ini berpuasa. Rezeki anak makin melimpah. Yang penting berusaha dan niat kita mahukan yang terbaik untuk anak.
No comments:
Post a Comment