anak bijak

Didik Al Quran

kenali ciri-ciri najis bayi

Assalamualaikum

hari ini nak kongsi sedikit info mengenai najis bayi. Kadang-kadang Muna tengok najis ibaad warna kuning sangat..kadang-kadang hijau.. Jadi Muna confius, ok ke tak si kecil ni. Walau dah anak 3 masih lagi risau.

Najis bayi ni masa mula2 lahir gelap je kan..rupanya ia dianggil mekonium dan ia adalah bahan2 yang terkumpul dalam usus semasa dalam rahim termasuk sel darah dan kulit lama, jadi wara dia pelik sikit. Bila dan 4 hari barulah ia bertukar warna kuning sesuai dengan bayi yang biasanya ada jaundis. Lagi kerap anak berak lagi bagus sebab kuning bayi akan keluar melalui najis.

Jadi untuk lebih detail, jom kita kenali dengan lebih detail warna2 najis bayi.warna najis ni menunjukkan apa yang berlalu dalam sisitem penghadaman bayi kita tau . Perubahan warna biasanya melibatkan apa yang kita makan dan persekitaran. biasanya warna najis berwarna kuning sehingga kuning kehijauan atau perang..Bila dah mula kita berikan makanan, najis akan berwarna perang muda dan melekit. Ini adalah warna najis yang NORMAL.

Bila warna najis hitam, putih mahupun merah yang TIDAK NORMAL dan perlu kita risau. warna hitam boelh jadi disebabkan supplemet yang kita ambil mahupun makanan. Namun sekiranya terlalu hitam seperti tar kemungkinan terdapat darah lama dalam ususnya.

bagi warna putih, kelabu mahupun pucat ia mungkin berpunca dari masalah hati, pankreas mahupun usus. Kemungkinan ada yang tersumbat dan terdapat jangkitan usus.

bagi warna merah pula boleh disebabkan pewarna mahupun pemakanan. Jika kelihatan keras dan kering beserta kesan-kesan darah kemungkinan anak sembelit dan kulit duburnya telah luka. Jika terlalu banyak darah mungkin disebabkan masalah usus.

Apabila najis BERMINYAK pula disebabkan perubahan diet atau ganguan pankreas dan bagi najis yang TIMBUL, mungkin disebabkan lemak daripada cirit-birit atau jangkitan yang lain.

Sekiranya terdapar simptoms2 yang berterusan barulah kita berjumpa dengan doktor, sekiranya jarang2 berlaku, tidaklah perlu dibimbangkan kerana najis anak akan sentiasa berubah.

Baiklah sampai disini sahaja sedikit sebanyak info yang boleh Muna kongsikan. Disebabkan Muna ada bayi kecil, pengetahuan seperti perlulah dikongsikan bila kita tahu. 

No comments:

Post a Comment