anak bijak

Didik Al Quran

Dengar jantung bayi dalam perut dengan Angel Sounds

اسلام عليكم ورحمة الله وبركته

Angel sounds, bunyi macam best je kan. Angel sound ni alat untuk mendengar degupan jantung bayi dalam kandungan. Alat ni Muna beli semasa mengandungkan Mahdi 'Aakif. Sekarang ni alatan makin canggih, jadi kita juga boleh melakukan apa yang nurse buat.hehehe..


bentuk angel sounds yang Muna punya :



rupa depan bersama gel


Alat ni suami yang beli. Biasa Muna cerita apa-apa kepada suami dan rasa macam nak, tak lama kemudian biasanya Muna akan dapat.  Terima kasih kepada suami. Alhamdulillah Muna tak pernah rasa nak benda-benda yang terlampau 'tinggi'. Mungkin sebab itu suami senang mencarinya.hehehe (masuk bakul pula..maaf ya ). Sama juga dengan hal-hal meminta tolong, Alhamdulillah senang. ~~ . 

O ye, gel yang digunakan memang untuk mendengar degupan jantung bayi. Muna ada terbaca yang kita juga boleh menggunakan minyak bayi. Jadi kawan-kawan boleh la cuba gunakannya. 
rupa belakang. gel tersebut kita letakkan di tempatnya, kalau nak letak di perut pun boleh

Seronok mendengar degupan jantung baby ni.rasa risau ke, rasa boring ke, Muna akan pasang. Alat ini disertakan dengan earphone tapi Muna biasa dengar guna speaker. Tak seronok dengar sorang-sorang. Anak-anak Muna suka dengar juga. selalunya mereka yang minta nak dengar. Mereka juga tumpang dengar degupan jantung masing-masing. 


Kalau sesiapa yang rasa nak mendengar sendiri jantung bayi bolehlah beli alat ini. Simple je. alat ini kerana tiada bacaan degupan jantung bayi. Hanya bunyi sahaja yang ada. Muna sangat berpuas hati dapat memilikinya.

Ok selamat mendengar.

No comments:

Post a Comment