Assalamualaikum
Alhamdulillah untuk misi sepanjang cuti sekolah ini Mahdi 'Aakif dapat menjalani proses tanpa pampers dengan jayanya. Percubaan selama 1 hari bertanya bermula Sabtu, 31.5.2014 akhirnya hari ke 3 Mahdi sudah maklumkan kepada ku nak cing.
Walau pada permulaan agak payah, Mahdi jadi blur setiap kali kencing dan diriku juga kadamg-kadang bertukar menjadi harimau dan hampir berputus asa namun akhirnya ku gagahkan diri untuk meneruskan misi ini. Mahdi sudah 2 tahun 2 bulan dan Muna percaya Mahdi mampu lakukannya.
Hari pertama sahaja Muna bertanya kerana memang dia akan cakap tak nak dan akhirnya dia kencing. Hari ke dua, Muna hanya cakap nak kencing cakap dan Mahdi akan cakap selepas kencing dan hari ke 3 barulah dia cakap nak kencing sebelumnya. Tapi memang Muna tak bertanya melainkan hari pertama dan tanda yang Muna dapat, bila Mahdi mula pegang 'tut' dia, Muna akan bawa ke tandas terus. Anak yang ke 2 ni malam2 Muna masih pakaikan pampers dan amat memberansangkan pampers sentiasa kering dan bangun je terus cakap nak cing tapi pernah tak pakai 1 malan dan dia kencing. Lucu pula.
Untuk Nasr dulu, malam2 Muna akan kejutkan dan bawa ke tandas tapi Mahdi ni ada sedikit 'kerajinan' untuk bangun dan pernah kejutkan Mahdi, tapi nak tidur balik ambil masa. Jadi untuk menyenangkan ku, pakai pampers.huhuhu..
lain, anak lain caranya. Anda pula bagaimana =)
No comments:
Post a Comment