anak bijak

Didik Al Quran

Cara meredhakan anak yang menangis dengan kuat

Assalamualaikum

Sejak dua menjak ni anak Muna kuat betul menangis. Tidak tahulah silap apa. Bagi yang first time dapat anak sure tak tau dah nak buat apa. Teringat masa kecil2 pernah ikut mama dan baba ke UM dan jaga adik.Mama ke UM untuk selesaikan urusan kerja, kebetulan cuti sekolah, Muna ikut la juga. Muna pula dari kecil tinggal di asrama jadi hubungan antara adik tu 'rapat' sikit.hihihi. Adik pula selalu menangis, last2 Muna pun menangis juga bila nampak kereta baba dan mama lalu depan mata sedangkan dah janji nak ambil terus lepas habis urusan dan pergi ke tempat lain. lebih-lebih lagi, ada seorang pakcik ni suka sangat mintak nak pegang adik. Muna risau...

Ok berbalik kepada anak Muna, di jadikan cerita, anak Muna menangis sekuat hati di taska. Alhamdulillah time cuti sekolah, jadi penjaga taska call. Muna tinggalkan anak sebab ada urusan lain di Ipoh. Muna pun pergilah sana dan pujuk anak. Memang bagi susu pun tak mahu. Opah di taska sarankan bawa selalu ke taska sebab masih kecil dan 'Ibaad mula nak kenal orang dan bagi susu botol. Tapi Muna percaya anak Muna ni senang jaganya. Selepas beberapa minit, 'ibaad dapat tenangkan diri dan Muna terus berikan susu dalam botol. Tiada masalah dengan botol sebenarnya. Alhamdulillah.Cara Muna pujuk adalah dengan :

1. Rapatkan ke dada dan peluk dengan tenang. tangan sebelah pegang tengkuk dan sebelah lagi ampu badan.
2. bacakan zikir dan selawat ke atas nabi.

Pernah juga tengah-tengah malam terjaga dan menangis sekuat hati. Muna cuba kaedah yang sama tapi time tu Muna juga sudah letih jadi Muna berikan kepada suami. Apa yang suami buat :

1. Letakkan di atas riba dan bercakap dengan 'Ibaad
2. baca ayat suci al-quran surah yassin

selepas itu, barulah boleh menyusu dan tidur dengan tenang. Ada yang cakap, anak-anak kecil nampak benda yang tidak kita nampak sebab tu menangis begitu. Wallahu 'alam. Jadi kawan-kawan yang ada anak begitu, yang tiba2 sahaja menangis bolehlah cuba lakukan kaedah ini. Tiada gambar nak tunjuk. In sha Allah lepas ambil gambar cara pegang bayi Muna akan letakkan dalam ni. terima kasih kerna membaca =)




No comments:

Post a Comment