anak bijak

Didik Al Quran

selamat datang njoi

Assalamualaikum

Akhirnya setelah sekian lama mengidamkan tanpa astro, akhirnya berjaya juga. tanggal 7 jun tiada lagi astro di dalam saluran tv kami. Tiada astro, tiadalah saluran yang diputarkan berkali-kali cerita yang sama.

Bagaimana kami menukar astro ke njoi?..ha senang sahaja. Siapa yang berminat nak tukar tu boleh selesaikan bayaran bil semasa dengan tambahan rm99. Tidak perlu memasang apa2 piring kerana sudah sedia ada piring astro tu. 

Kalau mula2 nak pasang njoi, dalam rm400+-...huh mahal juga. Setelah selesai membayar bolehlah telefon pihak njoi dan memaklumkan mengenai pertukaran anda. Pihak njoi akan meminta anda untuk menelefon pada tarikh akhir bil dikeluarkan. 

Bagi Muna, Muna call awal dan meminta pihak njoi supaya mematikan teruskan langganan astro dan sehari selepas tarikh bil barulah Muna call kembali untuk memaklumkan no decorder dan kad sim. Dalam 48 jam siaran akan ditukarkan. Alhamdulillah. anak tidak lagi sentiasa di hadapan tv. Ha, ni no telefon njoi 0395438100

Astro di tv sudah selesai namun cabaran berlaku apabila astro on da go masih boleh di lihat pula..hmmm macam2..

No comments:

Post a Comment