Assalamualaikum semua.
Petang ahad ni mesti masing-masing sibukkan. Ada yang lipat baju, bersih laman rumah, gosok baju kerja dan sekolah, buat makanan special dan macam-macam lagi. Hari ahadlah hari bersama keluarga. Masing-masing happy dan ceria hinggakan
tertinggal bacaan quran. opss, no no no.
Masing-masing happy dan ceria hinggakan time nilah dapat sama-sama saling kukuhkan ikatan dengan bermain sama-sama. Boleh juga boleh sama-sama baca ayat al-quran secara bergilir. Ni antara aktiviti Muna dan anak. Anak yang dah pandai baca quran boleh kita buat aktiviti ni.
Jadi alkisah surah arrahman.
Lepas asar, seperti biasa abg nasr akan baca surah arrahman. Muna tengah gosok baju sekolah dan selesai je dia baca Muna dapat idea minta abg nasr baca tafsir dan cuba faham surah arrahman ni. Separuh Muka surat je. Dulu pernah sekali kami sama-sama baca tafsir. Bila diminta huraikan surah arrahman ni sikit ada point-point yang masih abg nasr ingat.
Selesai saja abg nasr baca, abg nasr ceritakan apa yang di faham. Point yang abg nasr sampaikan :
Surah Arrahman ni ceritakan betapa Allah sangat sayang pada makhluknya. macam-macam Allah bagi. Manusia boleh berbicara, jin diciptakan dari api tanpa asap. Pokok-pokok mengeluarkan buah-buahan. Langit diciptakan secara seimbang. macam-mana nikmat Allah bagi jadi kita makhluk ni nikmat Allah mana yang kita nak dustakan? kita nak nafikan?
Memang tak dapatlah kita nak nafikan. Kita perlu akuinya. Tanpa DIA kita tak akan dapat apa-apa atas dunia ni. Perlunya kita bersyukur, Allah beri macam-macam dah.
Setiap surah mempunyai kelebihan bila kita membacanya. Bila kita baca, faham dan amal lagilah kita dapat rasai nikmatnya membaca al-quran ni. Insha Allah sama-sama kita berusaha. Muna pun masih berusaha.
Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat ‘FABIAYYI ALAA IRAABIKUMAA TUKAZDZIBAANN’, ia mengucapkan: Laa bishaiin min alaika Rabbi akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.” (Tsawabul A’mal, halaman 117)
Nampaknya Muna kena stop dulu. Anakanda si kecil sudah bangun dan mendendangkan lagu nak nak nak.
Jumpa lagi
.
No comments:
Post a Comment