Assalamualaikum semua
Hari ini Muna nak kongsi tahap level semput. Maklumat ini sangat berguna bagi individu yang mempunyai semput ni. Terutamanya kanak-kanak kecil yang tidak tahu nak cerita kepada kita.Ni sebagi langkah berjaga-jaga supaya kita lebih prihatin. Siapa tahu,
tiba-tiba orang di sekeliling kita mempunyai masalah ini. Kita dah ready, nak lari ke hospital ke. Nak sapu minyak herba asmak ke 😆
Ok, semput ni ada 4 tahap semuanya. Makin tinggi tahap dia, makin kronik dan bahaya lah kiranya.
Jangan risau, senang je nak faham. Bila dah tahu, barulah kita boleh ambil tindakan sewajarnya.
![]() |
rongga tahap semput. sapu minyak herba asmak bagi ruang rongga terbuka |
TAHAP #1 (mild intermittent asthma)
⚪️Symptom tak sampai 2 kali seminggu
⚪️Tiada masalah lain di antara semput
⚪️Kalau semput datang menyerang pun, cuma sekejap sahaja
⚪️Bila waktu malam, tanda-tanda semput muncul tak sampai 2 kali dalam sebulan
TAHAP #2 (mild persistent asthma)
⚪️Tanda-tanda semput datang lebih 2 kali dalam seminggu, tapi dalam sehari tak lebih sekali
⚪️Aktiviti seharian mungkin agak terjejas sedikit
⚪️Bila waktu malam, tanda-tanda semput datang lebih 2 kali dalam sebulan
TAHAP #3 (moderate persistent asthma)
⚪️Setiap hari mesti ada tanda-tanda semput
⚪️Kena standby ubat setiap hari
⚪️Dalam seminggu, semput berlaku 2 kali atau lebih
⚪️Bila waktu malam, tanda-tanda semput datang lebih dari sekali dalam SEMINGGU
TAHAP #4 (severe persistent asthma)
⚪️Tanda-tanda susah nak berhenti
⚪️Kerja memang biasanya akan terjejas teruk
⚪️Semput? KERAP menyerang
⚪️Bila waktu malam, tanda-tanda semput selalu datang
Jumpa lagi next post.
![]() |
pengedar sah mhamsb chemor,perak |
No comments:
Post a Comment