anak bijak

Didik Al Quran

TERBAIK cara kejutkan anak ni

Assalamualaikum semua

Cara paling sempurna kejutkan anak adalah dengan kasih sayang. Anak ni boleh dengar salam kita walaupun ketika mereka sedang tidur tau. Ada kajian yang menyatakan sekiranya kita ingin suntikkan perilaku yang baik semasa anak mula nak tidur tu, kita bisikkan sesuatu yang kita inginkan. Contohnya 
Abang Mahdi anak yang soleh, suka dengar cakap ummi.
Abg Nasr abang yang baik, suka cakap sopan dengan adik-adik.
Abg Ibaad adik yang bijak, suka baca al-quran.
.
dan inilah keistimewaan anak kecil yang kita orang dewasa tak ada. 

Ok, Muna kongsikan cara yang paling baik untuk mengejutkan anak dari tidur.
.
Pertama : Beri salam kepada anak yang sedang tidur, sambil menggunakan nada suara yang lembut seperti, “Assalamualaikum anak ibu yang soleh. Bangun sayang, anak ibu suka bangun awal”.

Kedua : Sentuh hujung ibu jari mereka dengan sopan dan goyangkan perlahan-lahan. Usah direntap, nanti mereka terkejut dan marah.

Ketiga : Jika mereka tidur di dalam bilik, elakkan mengetuk pintu mereka dengan kuat. Mereka mungkin akan bangun, tapi kalau bangun dalam ketakutan, macam mana?

Keempat : Kejut anak secara berperingkat. Di saat ini si ibu atau bapa memang wajib bersabar. Ada anak, kenalah bersabar kan. Jika masih tidak bangun, kuatkan sedikit suara (sedikit saja) dan goyangkan lagi kaki mereka. 

Kelima : Sebaik saja mereka bangun, terus hadiahkan mereka pelukan dan ciuman supaya mereka rasa selesa. Usap kepala mereka. Puji mereka di atas usaha mereka bangkit dari tidur. Ucap kata-kata yang baik.


Biasanya sebaik saja mereka bangun, Muna terus sapu muka mereka dengan tapak tangan yang basah sambil bacakan doa bangun tidur. Minta mereka bacakan sekali serta ulangkan perilaku yang baik dengan menyebut nama mereka. Pasti mereka bangun sambil tersenyum dan cara ini sangat berkesan untuk mengelakkan mereka kembali tidur.

anak happy, kita pun happy.

Dapat sesuatu? senyum dan terus senyum ya.

No comments:

Post a Comment