anak bijak

Didik Al Quran

secara ringkanya G6PD ni

Assalamualaikum semua.


Kali pertama Muna dengan G6PD adalah tahun 2008. Lepas je Muna lahirkan anak Muna yang pertama. Masa mula dengar, hmmm apa itu? Terus teringat ada kawan Muna yang letak mail dia dengan perkataan G6PD ni. Nampak dia

sihat je. In sha Allah anak ku OK juga nanti

Jadi apa yang kita perlu tahu tentang G6PD ni?

G6PD ni biasanya berlaku di kalangan bayi lelaki terutama yang baru lahir. Eh bahaya ke penyakit ini? Risau juga kalau kena kepada anak sendiri.

ok ok, bertenang 😉. Sebenarnya G6PD (Glucose 6 Phosphate hydrogenese) adalah penyakit kekurangan enzim dalam sel darah merah atau sejenis penyakit genetik. Biasanya selepas ibu melahirkan bayi, sample dan tali pusat bayi dihantar ke makmal untuk pemeriksaan G6PD.

Apa maksud kekurangan enzim G6PD?

Dalam sel darah merah terdapat sejenis enzim yang bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah iaitu enzim G6PD. Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau apabila bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu diambil, sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah.

Apakah patut lakukan bila anak kekurangan G6PD?

Elakkan anak anda dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti:

* Memberi ubat-ubat sendiri tanpa arahan doktor.

* Ubat gegat.

* Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh.

* Minyak gosok yang tidak diketahui kandungannya 

* Kacang parang.

Pastikan dapat senarai ubat-ubat yang tidak dibenarkan kepada bayi yang berpenyakit G6PD sebelum pulang dari hospital ya.

OK, jumpa lagi nanti

Diolah dari artikel pa&ma

No comments:

Post a Comment