tanah liat putih bahan dalam bedak asmak |
APA YANG TANAH LIAT PUTIH BOLEH BUAT UNTUK KECANTIKAN KULIT KITA
Tips-tips kecantikan kulit wajah dan badan menggunakan tanah liat sebenarnya sudah lama diamalkan. Cuma, di Malaysia kurang didedahkan mengenai kaedah ini. Mungkin kerana stigma masyarakat
Malaysia yang cenderung mengatakan ‘tanah itu kotor’.
Asal tanah je, kotor. Asal kotor je, dikaitkan dengan tanah. Padahal manusia ni asalnya dijadikan dari tanah.
Tanah liat pula ada macam-macam jenis. Hari ni kami nak cerita sikit pasal tanah liat putih. Tanah liat bukan sebarang tanah tau.
Tanah liat putih ni kalau kat luar negara dipanggil White Kaolin Clay. Cantik je kan nama tu?
Dalam banyak-banyak tanah liat, tanah liat putihlah yang paling halus dan lembut teksturnya, iaitu paling sesuai dengan kulit muka orang Asia yang sensitive dan kering ni.
Pernah dengar pasal orang mandi lumpur untuk mengubati masalah kulit? Yes, lumpur tu asalnya dari tanah liat putih lah. Sebab tu lepas mandi lumpur, kulit halus mulus je. Ekzema pun boleh dipulihkan dengan mandi lumpur tu. Tapi dengan syarat selalu buat lah.
Jangan risau, anda tak perlu sampai mandi lumpur untuk cantik. Sudah ada produk yang menggunakan tanah liat putih sebagai bahan utama.
Yang penting, khasiatnya sama je.
Nak kulit halus tak? Jom slow-slow kita berubah kepada produk yang gunakan tanah liat putih sebagai ingredients dia.
bedak asmak pilihan ramai |
No comments:
Post a Comment