anak bijak

Didik Al Quran

Panduan mandikan bayi dengan betul

Assalamualaikum semua.


Seronoknya tengok orang ada baby nikan. bau baby tu yang Muna tak tahan. Anak sendiri boleh cuim banyak-banyak kali. Anak sendiri nengok jelah. Sekarang ni anak Muna yang bongsu (buat masa sekarang huhuhu) dah 1 tahun 1 bulan ni pun dok cium je. Apatah lagi yang baru lahir. Orang kata bau baby ni

seperti bau dari syurga dan eloknya bayi yang baru lahir lepas 1 hari baru mandi. Nak kekalkan bau dia tu.

Lebih-lebih lagi, saat bayi baru lahir merupakan saat pertama tubuh badan mereka menerima sentuhan dari sekeliling, sama ada dari sentuhan manusia ataupun alam semulajadi (udara, cahaya matahari, air). Dan sebagai ibu bapa, kitalah yang menentukan waktu yang paling sesuai untuk mereka.
.
Jadi bilakah waktu mandi yang paling sesuai untuk bayi?
.
ok, sebelum mandikan bayi, pastikan:

  • Mandian tersebut tidak mengganggu waktu tidur mereka
  • Tidak memandikan mereka semasa mereka sedang lapar
  • Bayi tersebut tidak kesejukan (demam dan sebagainya)

lepas mandi, kita sapu minyak herba asmak bagi perut tak kembung.
Mengapa orang tua-tua menyuruh memandikan bayi pada waktu pagi? Apa hikmahnya?

Peringkat bayi adalah peringkat di mana mereka belum mampu mengawal suhu tubuh badan mereka sendiri, sebagaimana orang dewasa. Waktu pagi terutamanya selepas dhuha adalah waktu di mana perubahan suhu sedang berlaku dari sejuk kepada panas / hangat. Inilah waktu paling sesuai agar tubuh badan bayi tidak terkejut dengan perubahan tersebut. Dan kerana ini jugalah, kita digalakkan memandikan mereka dengan air hangat/suam-suam kuku.

Macam mana orang dulu-dulu boleh tahu pasal ini ya? Mesti melalui pengalaman kan. Lepas siap mandi tu, nampak anak sejuk-sejuk boleh la sapu minyak herba asmak di sekeliling perut. Kalau rasa badan anak nak demam, sapu sekali di celah-celah pelipat badan bayi kita. Insha Allah tenang je nanti.

ok, sampai sini je untuk kali ini. Jumpa Lagi

No comments:

Post a Comment