Assalamualaikum semua
HMFD ni adalah singkatan bagi penyakit tangan , kaki dan mulut. Untuk pengetahuan semua, penyakit ni SANGAT biasa di negara-negara Asia. Kalau diingat balik,
penyakit ni dulu pernah menjadi wabak yang serius di negara kita. Seluruh Malaysia ada saja kes, sampai nurse punya cuti pun dibekukan.
Sebagai ibu dan bapa, kita kena bijak mengenal pasti tanda-tanda awal penyakit ini. Bila dah kenal, mudah untuk ambil tindakan awal.
bintik-bintik merah ni boleh sapu minyak herba asmak |
Tanda-Tanda Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut
- Bermula dengan demam yang normal, biasanya 1-2 hari.
- Sehari atau 2 hari selepas demam pulih, bahagian sekeliling mulut mula sakit. Biasanya terdapat bintik merah akan timbul dan kemudiannya menjadi ulcer. Bahagian yang terlibat seperti lidah, gusi, dan bahagian dalam pipi.
- Bahagian tapak tangan dan tapak kaki akan terdapat “rashes”, dan kadangkala disertai dengan gelembung air. Selain itu, kawasan alat kelamin juga boleh terkena simptom tersebut.
Sebaik-baik kepastian adalah melalui doktor. Jika simptom-simptom di atas terjadi dalam susunan (demam – sakit mulut – rashes di tangan dan kaki), maka segeralah bawa anak pergi ke hospital yang berhampiran. Lebih -lebih lagi bila anak sampai tidak lalu makan, lemah tak bermaya dan demam yang terlalu tinggi.
Untuk langkah kawalan , galakkan anak minum air yang banyak dan bolehlah sapu minyak herba asmak di tempat-tempat yang terkena merah tu. Penyakit ni boleh merebak, jika anak-anak ada terkena penyakit ni seeloknya di asingkan pakaian dan sentiasa tukar lampin dan kerap membasuh tangan menggunakan sabun selepas menukarkan lampin.
tapi apa yang melegakan, penyakit HFMD boleh sembuh dengan sendiri sekiranya tidak berapa teruk.
tapi apa yang melegakan, penyakit HFMD boleh sembuh dengan sendiri sekiranya tidak berapa teruk.
pengedar sah mhamsb chemor, perak |
No comments:
Post a Comment