Assalamualiakum semua
Muna suka sangat urut anak Muna. Time urut tu kita rasa bonding dengan anak sangat rapat. Anak ni suka sangatlah bila kita urut. Gelak sakan. Sambil urut kita senyum-senyum, main ciku cak. Boleh hilang stress tau. Lebih- lebih lagi
time kita letih tu, tengok muka anak hilang terus rasa letih. Siapa sama macam Muna mesti tengah senyumkan.
Urut urut juga tapi pastikan kita elakkan 5 perkara ni tau. Memang dah jadi lumrah anak- anak terutamanya yang baby tu, sentiasa sukakan urutan tapi bila dah tiba masanya atau wrong timing kite perlu berhenti. Apa perkara tersebut ? apa lagi, teruskan bacaan supaya kita tahu hal penting ni.
5 Perkara Yang Perlu Dielakkan Semasa Mengurut Bayi
- Jangan mulakan urutan sehingga bayi betul-betul rileks dan bersedia
- Usah lakukan urutan bayi di atas permukaan yang lembut seperti tilam atau sofa. Lakukan di atas lantai yang dialas dengan tuala atau kain yang bersih.
- Semasa mengurut, perhatikan reaksi bayi. Jika bayi tersebut sudah mula menunjukkan tanda-tanda tidak selesa, berhenti. Antara tanda-tandanya: menangis, menahan nafas, mata melihat ke arah lain.
- Jika bayi mudah teruja dengan urutan kita, cuba elakkan bercakap atau menyanyi semasa urutan. Ini kerana semasa teruja, otot mereka ni berada dalam keadaan yang tidak rileks. Urutan memerlukan otot-otot mereka rileks.
- Urutan bayi berbeza dengan urutan orang dewasa. Urutan bayi hanya pada permukaan kulit kereka sahaja, tidak perlu menekan jari ke dalam otot mereka.
anak happy, ibu pun happy.
dapat sesuatu? senyum , senyum dan senyum
No comments:
Post a Comment