kejadiaan sudah berlalu, hari lahir anakanda berdua tadi ialah pada awal bulan 3..dengan menggunakan bahan2 yang sudah ada, maka terjadilah kek ini. Balik sahaja program sekolah terus bersilat di dapur.
Alhamdulillah masih diberi nikmat hidup dan sihat. Minggu lepas merupakan minggu yang agak sibuk dan beremosi. Kata kawanku, bila kita diuji, itu menunjukkan Allah sayang pada kita. DIA rindukan rayuan dan rintihan kita sebagai hambaNya. Kata-kata yang cukup terkesan dan terpahat dalam minda. Cerita yang berlaku pada bulan 7 2014..jom selaminya
Tanggal 12 Feb 2015 bertalu-talu msg yang diterima. Semua bertanya kepastian berita yang diterima. Diri ini yang masih dalam keadaan tidak percaya terus bertanya kepada keluarga. Tok guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat telah kembali ke rahmatullah tepat jam 9.45 malam. Air mata terus mengalir. Suami terus bertanya adakah ingin pulang ke kampung halaman.
Sudah tiba masanya Ibaadurrohmaan makan! teruja untuk buat makanan ni. Macam-macam dah cuba..ada brokoli , kobis bunga , pear , epal , carot , labu , kentang , keledek dan macam-macam lagi..yang banyak membantu pastinya avent blander and steamer. Beli time expo baby..kalau tak mahal betul harganya. Ada yang campur dengan oat dan ada yang campur dengan nasi. Biar gambar berbicara.
Merdeka bererti bebas. Bebas daripada dikongkong dan dijajah. Alhamdulillah, hari ini Malaysia menyambut hari kemerdekaannya yang ke 57. Pada dasarnya kita sudah merdeka dari dijajah penjajah tetapi pada hakikatnya, adakah kita sudah benar-benar merdeka? Lihat di sekililing kita. Apa yang telah kita capai hasil kemedekaan ini. Zahirnya penjajah sudah tiada di depan mata. Batinya penjajah masih berada di dalam diri kita. Ya penjajah sudah lama meninggalkan jejak langkah mereka. Namun pemikirannya masih mekar tersemai dikalangan kita
Akhirnya setelah sekian lama mengidamkan tanpa astro, akhirnya berjaya juga. tanggal 7 jun tiada lagi astro di dalam saluran tv kami. Tiada astro, tiadalah saluran yang diputarkan berkali-kali cerita yang sama.
Sejak dua menjak ni anak Muna kuat betul menangis. Tidak tahulah silap apa. Bagi yang first time dapat anak sure tak tau dah nak buat apa. Teringat masa kecil2 pernah ikut mama dan baba ke UM dan jaga adik.Mama ke UM untuk selesaikan urusan kerja, kebetulan cuti sekolah, Muna ikut la juga. Muna pula dari kecil tinggal di asrama jadi hubungan antara adik tu 'rapat' sikit.hihihi. Adik pula selalu menangis, last2 Muna pun menangis juga bila nampak kereta baba dan mama lalu depan mata sedangkan dah janji nak ambil terus lepas habis urusan dan pergi ke tempat lain. lebih-lebih lagi, ada seorang pakcik ni suka sangat mintak nak pegang adik. Muna risau...