Assalamualaikum
Alhamdulillah masih diberi nikmat hidup dan sihat. Minggu lepas merupakan minggu yang agak sibuk dan beremosi. Kata kawanku, bila kita diuji, itu menunjukkan Allah sayang pada kita. DIA rindukan rayuan dan rintihan kita sebagai hambaNya. Kata-kata yang cukup terkesan dan terpahat dalam minda. Cerita yang berlaku pada bulan 7 2014..jom selaminya
Minggu lepas, "ibaad di masukkan ke Hospital akibat Pneumonia. Keadaannya agak kritikal kerana perlu dimasukkan tiup pernafasan. Hilang gelak ketawa dan senyuman yang sentiasa di bibir. Gambar keadaannya di dalam Hospital ada, tapi nak tunjuk yang sihat. Sihat-sihat ni best..
Yang sedihnya lagi, susu simpanan ku cair akibat peti sejuk tidak ditutup rapat. Allah!..dekat 15 liter juga terpaksa dilupuskan. Akibat sayang, cuba diberi kepada anak yang sedang sakit tu. Natijahnya, anak kembung perut. Keras sangat perutya, dan doktor cepat-cepat buang semua susu yang dah diberi. Rasa kesian kepada anak yang masih tidak sedar ketika itu. Nampak dia keresahan dengan mata terpejam. Bila dan buang tu barulah nampak 'Ibaad lega.
Misi mengumpul stok masih berlangsung. Memang pulun mengepam juga walau tidak cukup. Kes tidak cukup sebab tiada hisapan anak. 3 hari mengepam tanpanya menyebabkan kuantiti makin sedikit dan jalan penyelesaian yang lain, daku tidak berpuasa selama 3 hari bagi membuat bekalan untuk anak. Alhamdullilah stok cukup sehingga 'Ibaad dapat minum seperti biasa.
Selapas itu, ada 10 oz lagi baki susu, dan dijadikan cerita, susu tersebut diCAIRkan tanpa pengetahuan Muna semasa dihospital..Luruh jantung Muna kerana simpanan itu dibuat bagi bekalan ke Taska. Time tu turus whatsapps suami dan minta belikan susu tepung kerana dah rasa down. Risau bekalan tidak cukup dan akhirnya untuk kali ke 3 ini barulah berjaya kumpul. Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment