anak bijak

Didik Al Quran

Perginya seorang murabbi

Assalamualaikum

Tanggal 12 Feb 2015 bertalu-talu msg yang diterima. Semua bertanya kepastian berita yang diterima. Diri ini yang masih dalam keadaan tidak percaya terus bertanya kepada keluarga. Tok guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat telah kembali ke rahmatullah tepat jam 9.45 malam. Air mata terus mengalir. Suami terus bertanya adakah ingin pulang ke kampung halaman.

Allahu Akbar , tiada jawapan yang dapat diberikan sewaktu hari tersebut. Pengumuman dari sepupu Nik Abduh waktu bagi solat jenazah adalah 10 pagi sedikit sebanyak memberi congakan waktu masih sempat berada di sana untuk menatap buat kali terakhir.

13.2.2015 , lautan manusia dapat dilihat menghadiri pengebumian bagi menunjukkan rasa kasih sayang dan hormat kepada ayah zik. Pelbagai penulisan dan sebaran mengenai kebaikan ayah zik menjadi perbualan hangat antara satu sama lain. Sungguh, mata ini pasti mengalirkan air mata tatkala membaca dan mendengar setiap bicara. lagu tribute yang direka oleh datuk siti nur haliza juga yang dulunya menjadi senyuman apabila melihat dan mendengarnya telah bertukar kepada titisan air mata walau hanya baru terpasang intronya.

Damailah dikau di sana ayah zik. Kiriman ayat surah AL-FAATIHAH dan doa akan sentiasa menemani mu..


No comments:

Post a Comment