Dah ready untuk memasuki bulan ramadhan? Bulan yang mana kita wajib puasa setiap hari sehingga 30 hari. Bulan yang mana penuh kerahmatan dan
keredhaan dari ILAHI? Allahu akbar.
Rasa insaf dan syukur andai kita diberi kesempatan untuk bertemu bulan ramadhan. 40 hari macam-macam boleh berlaku. Setiap hari doa dan terus berharap supaya kita diberi kesempatan.
Bercerita mengenai bulan puasa ni. Sebagai persediaan kita nak hadapi bulan ramadhan tu nanti, kita bolehlah bersedia melakukan beberapa amalan yang disukai oleh baginda, RASULULLAH s.a.w.
1. Biasakan diri berpuasa isnin dan khamis.
2. Semasa hari kita berpuasa itu banyakkan berzikir dan membaca quran dan memberi makanan berbuka untuk sesiapa yang kita tahu turut berpuasa
3. Cuba dan latih diri bangun untuk berqaimullai
4. Semasa berbuka, bukalah dengan tamar atau kurma. Sekarang ni dah banyak supermarket mula menjual tamar atau kurma. Saya suka saya suka 😁
5. Bersahur dan bersegera untuk berbuka.
Sama-sama kita cuba amalkannya. Yang paling penting, dah habis ganti puasa? 😃
No comments:
Post a Comment