anak bijak

Didik Al Quran

Macam mana agaknya lelah terjadi ya?

Tahukah anda?

Lelah merupakan suatu keadaan di mana terdapat peningkatan kepada tindakbalas bronkus kepada rangsangan tertentu. Disebabkan oleh ini,
terdapat penyempitan pada salur udara dan, lapisan pada salur udara juga mengalami keradangan dan terdapat peningkatan di dalam penghasilan lendir. Biasanya, penyakit ini bermula pada zaman kanak-kanak dan jarang berlaku selepas berumur dua puluh lima tahun. Kerapkali, pada 30% kes-kes, terdapat sejarah lelah pada keluarga pesakit.

:::: Tanda-tanda dan Gejala-gejala ::::

Lelah adalah berepisod. Di antara serangan-serangan, terutamanya pada kanak-kanak, mungkin tidak terdapat gejala-gejala langsung. Sebelum serangan-serangan tersebut, kadang-kadang pesakit mengalami bersin, perasaan ingin kentut atau gelisah dan mudah tersinggung. Gejala-gejala biasanya adalah lebih tenat pada awal pagi. Seorang pesakit mungkin mengalami lebih dari satu gejala seperti :


  • Batuk.
  • Pernafasan termengah-mengah – Bunyi bising semasa bernafas.
  • Perasaan ketat pada dada.
  • Kesukaran bernafas, terutamanya apabila menghembus keluar.
  • Nafas yang pendek.


Pada kanak-kanak yang kecil, tulang rusuk bawah akan tertarik ke
dalam semasa bernafas.

Semasa serangan berulang-ulang atau yang tenat, pesakit mungkin menjadi sianos (pewarnaan biru dan pucat serta nadi menjadi deras)

::::: Tabiat-tabiat Baru :::::


  • Belajar untuk beristirehat.
  • Cergaskan diri anda. Senam untuk meningkatkan muatan paru-paru anda.
  • Simpan bekalan ubat-ubat lelah yang secukupnya.
  • Elakkan merokok.
  • Elak persekitaran yang berhabuk dan tercemar.
  • Elak faktor-faktor pencetus yang dikenalpasti.
  • Simpan nombor telefon doktor anda dan hospital tedekat pada tempat yang mudah dicapai.
  • Jangan berhenti atau memulakan perubatan tanpa berunding dengan doktor anda.
  • Runding dengan doktor atau pegawai farmasi anda jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang ubat-ubatan yang diambil atau mengenai penggunaan penyedut (inhaler) yang betul.


Dengan pengurusan yang betul, seseorang pesakit lelah dapat menjalani kehidupan yang normal.

Sumber : efarmasi.com.my

Berminat untuk mencuba alternatif terkini sembuhkan lelah dan tak perlu bergantung lagi dengan inhaler?

Sesuai untuk semua peringkat umur
Minyak herba asmak pelbagai guna

Apa lagi, pastinya Minyak Herba Asmak ~

Whatsapp muna 0139240260 sekarang!


No comments:

Post a Comment