.
Ada satu kesilapan yang bila dilakukan, akan sangat merugikan. Ubatan tak dapat sampai dengan betul. Keradangan pada kawasan tekak. Mungkin juga jangkitan.
.
Apa kesilapan tu?
.
Kesilapan tersebut adalah tidak menggunakan “spacer”. Spacer adalah sejenis alat yang menghubungkan muncung inhaler dengan mulut pesakit asma. Maksudnya, tiada direct contact antara bibir dengan muncung inhaler semasa digunakan.
![]() |
Inilah rupanya. Rumah muna ada 1 😀 |
Semua peringkat umur sepatutnya guna spacer, tapi keperluan bagi kanak-kanak untuk menggunakannya adalah lebih tinggi.
.
Pesakit Asma perlu tahu Cara Guna Spacer Inhaler Yang Betul.
Ini Caranya, boleh rujuk gambar yang disertakan itu ya.
![]() |
Kanak-kanak lebih memerlukan spacer supaya semburan yang keluar tidak terlalu kuat |
Kalau rasa spacer ni makan ruang yang banyak, dan susah nak letak dalam handbag, tak perlu risau. Sebab kebanyakan pakar mengesyorkan semburan berkala sebanyak 2 kali sehari. Mungkin boleh guna spacer tu pada waktu pagi dan malam. Jadi, tak perlu bawa spacer tu. Tinggal saja di rumah. Ok
.
No comments:
Post a Comment