Yang pastinya ianya kerana NYA. mudah dan pasti dapat. Selamat beramal semua.
Kata puan fazilah antara 17 Rahsia Murah Rezeki yang diamalkan Ialah
(Bukan rahsia pun)
1- Banyakkan memberi dari menerima (tangan di atas lebih baik dari yang memberi)
2- Lupakan pemberian kita pada orang lain
3- Memberi seikhlas hati mengikut kemampuan (walaupun sedikit tetapi ikhlas)
4- Bila tergerak hati nak beri lebih,jangan fikir dua kali
5- Berbuat baik dengan sesiapa sahaja
6 - Eratkan silaturrahim
7 - Elakkan berhutang tanpa sebab kecuali terdesak.Segerakan membayar.
8 - Sentiasa memudahkan urusan orang lain
9 - Buat orang lain rasa gembira dan beri manfaat sebanyak mungkin
10 - Lunaskan bayaran bil dan sebagainya awal dan tak tunggu last minit
11- Nampak orang menjual kecil-kecilan,support dan jangan ambil baki.Lebih tu niat sedekah
12- Ada peluang sedekah jangan fikir panjang terus bagi ikut kemampuan
13- Sentiasa berusaha menjaga hubungan dengan Allah swt
14- Berbuat baik tanpa mengharapkan balasan ( Kita tolong orang,nanti Allah yang tolong kita)
15- Sembunyikan kebaikan yang dibuat lebih afdhal dan jika perlu baru dihebahkan dengan niat untuk dijadikan tauladan atau mengajak orang lain sama beramal. ( Saya banyak prefer menyembunyikan dan jika hebah tu pasti ada sebabnya,contoh misi bantuan banjir tak lama dulu sebab perlu sumbangan dari lebih ramai orang)
16 - Menyantuni dan kasih pada orang tua dan kanak-kanak
17- Sentiasa bertaubat,memperbaiki diri dan berusaha memberi manfaat pada orang lain setiap hari.
Inilah antara amalan dari dulu hingga kini.Alhamdulillah, bila kita tak terlalu mengejar rezeki,rezeki yang akan mengejar kita sehingga kita rasa malu dengan nikmat tak terhingga yang Allah swt beri.
#MHAMSB2017
Nilah ceo mhamsb 😍 |
No comments:
Post a Comment