anak bijak

Didik Al Quran

RPT KSSR Pendidikan Islam & Bahasa Arab Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4

اسلام عليكم ورحمة الله وبركته

Alhamdulillah..sesi persekolahan sudah mula membuka tirai. Bagi sekolah Muna, bermula 27.12, guru perlu hadir ke sekolah untuk bermesyuarat dan membuat persediaan awal tahun. Tahun ni Muna masih memegang jawatan Setiausaha Peperiksaan Dalaman dan UPSR dan Ketua Unit Persatuan Puteri Islam. Bagi waktu pengajaran pula Muna akan mengajar Pendidikan Islam tahun 1, 4, 5 dan 6 dan Bahasa Arab tahun 2 dan 3. 

Ijtima' Keluarga Nikmatilah telah sampai ke penghujungnya

اسلام عليكم ورحمة الله وبركته

Akhirnya telah selesai perjumpaan besar keluarga Muna yang berlangsung selama 3 hari bermula 21.12 sehingga 23.12. Perjumpaan ini padat dengan aktiviti yang hebat dan menarik. Penekanan diberikan adalah mengenai amanat allahyarham tokku nik mat dan hubungan kekeluargaan. Anggaran keluarga kami yang hampir mencapai 1000 orang telah menjadi keharusan supaya perjumpaan ini diadakan supaya kami saling mengingati dan mengenali antara satu sama lain. 

Perjumpaan keluarga besar kami

اسلام عليكم ورحمة الله وبركته

Alhamdulillah telah selesai 1 hari bersama keluarga besar kami, perancangan yang cukup lama dan pernah di tangguhkan. 21.12.2013, bertempat di Pantai Cahaya Bulan, Bachok, Kelantan, Ijtima’ keluarga Nikmatillah berlangsung dengan baik dan lancar. Hari pertama, sesi pendaftaran bermula dari pagi sehingga Zohor. Selepas makan tengah hari dan solat, barulah sesi taklimat dan taaruf  bersama seluruh anak-anak Tokku Nik Mat (adik beradik baba) di jalankan. Program tamat pada waktu Asar dan selepas itu semua kanak-kanak dan anak-anak2 lelaki di benarkan bermain kolam renang. Kuliah Maghrib di jalankan sehingga Isya’ dan selepas makan malan, sesi bergambar bersama keluarga di teruskan sehingga jam 10.30 malam. Aktiviti terpaksa dihentikan awal kerana anak-anak kecil sudah tidur. Anak-anak Muna sendiri tiada dalam gambar kerana sudah kepenatan, tidur di atas kerusi. 

Joging di Taman Dr Seenivasagam

اسلام عليكم ورحمة الله وبركته

Alhamudlillah..hari ini berpeluang pergi ke taman bersama keluarga. Rancangan yang di cadangkan pergi pada hari Sabtu tidak berkesempatan kerana ada anak saudara yang tidak sihat dan cuaca juga tidak mengizinkan.

Pagi tadi seawal 7.45 pagi kami bertolak menggunakan 2 kenderaan. Di dalam perjalanan, Muna berhenti untuk membeli beberapa jaudah makanan untuk di makan di sana. Biasanya Muna masak je tapi selepas mengajar mengaji tadi, Muna mengemas bilik budak-budak bujang. Lambat siapnya. Kutip baju kotor dan hal-hal lain.

Amali Solat di rumah ku

اسلام عليكم ورحمة الله وبركته

Hari ni sesi amali solat telah berlangsung. Cadangan yang dikeluarkan oleh cik abang ku kepada semua anak saudaranya yang berada di rumah setelah tamat membaca surah al-waqiah di pagi hari secara berjemaah. Sesi amali akan berlangsung selepas Asar. Lepas habis baca quran perseorangan ada juga pegang buku baca tapi sekejap je. Lepas tu main dan mengadap laptop. Takpa, kita tengok petang ni macam mana.hehehe

Bulan penuh sibuk..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah bertemu kita sekali lagi. Lama betul menyepi.Dalam hati ingin menulis tetapi terhalang dengan halangan yang sengaja dan tidak sengaja di buat.hehehe..

Apa-apa pun bulan ini penuh peristiwa yang berlaku..mertua Muna tinggal bersama, cuti sekolah bermula, anak sulungku konvo (macam orang besar), dan paling besar, ulang tahun perkahwinanku..=)

New Housemate..Ikan ???

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menghirup udara lagi. 
Lega dapat rehat sebab hari ini cuti.hehehe

Time cuti-cuti nilah kita nak berjalan jauh. Kalau keluar rumah atau jalan dalam rumah kira berjalan gak tapi bila keluar berjalan jauh dari rumah, kira berjalan dengan penuh nikmat.hohoho..
tapi tulah bila berjalan ni tak boleh nak bawak housemate sekali sebab houmate ni jenis tak berjalan ke luar. Housemate saya ni cantik, tengok pun tak puas, suka benar menghiburkan hati.hehehe.

Oh Sambal Ikan Bilis

Menu malam ni sambal ikan bilis dicicah dengan roti..eh terbalik, roti dicicah sambal ikan bilis. Eh mana satu yer, ke dua-dua betul..Mmmm, tak apalah asal faham ya.hohoho..

This's my hubby favorite menu. Bila masak kadang-kadang jadi tp sokmo tak jadi.hehehe..yang tak jadi sebab cair dan tak merah dan bila jadi pedas la pulak..Yang sebetulnya sebab tak sabar nak tunggu siap. Sambal yang best kena tunggu lama atas dapur. Betul tak?

Yang bestnya, Alhamdulillah kali ni jadi. Sekarang tunggu hubby balik dari kelantan dan akan sama-sama memakannya.huhuhu..ni rupa sambalnya..

Cantik tapi...

Bismillahirrahmanirrahim..

Cuaca cukup best. Dengan angin sepoi2nya, seronok jalan luar ni.
Tapi keadaan badan tak mengizinkan. 2, 3 hari ni badan sentiasa lemah. Kadang.kadang bangun pun tak larat. Dop dalam rumah tengok luar jelah.

Dulu tengok luar pun tak larat..pasalnya nampak je air bertakung kat atas lantai.Memula masuk rumah ni kawasan tu simen tp ambil keputusan untuk letak tile supaya cantik tapi bila dah siap memang awal-awal nampak macam bermasalah.mintak baiki, tp dah baiki pun still macam tu.tukang kata ok je bila lama-lama tp camni jadinya ...