Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menghirup udara lagi.
Lega dapat rehat sebab hari ini cuti.hehehe
Time cuti-cuti nilah kita nak berjalan jauh. Kalau keluar rumah atau jalan dalam rumah kira berjalan gak tapi bila keluar berjalan jauh dari rumah, kira berjalan dengan penuh nikmat.hohoho..
tapi tulah bila berjalan ni tak boleh nak bawak housemate sekali sebab houmate ni jenis tak berjalan ke luar. Housemate saya ni cantik, tengok pun tak puas, suka benar menghiburkan hati.hehehe.
Sungguh menawan dan lincahkan. Jangan main, siap naik bas lagi.
Datangnya dari Damanasara dan kami tinggal di Chemor. Spesis Ikan Kelah. Seronok pula tengok dorang berenang. Rasa nak join.hehehe. Hari Rabu tengok macam sikit. Jadi my hubby beli lah lagi..Asalnya 3 ekor, hari Khamis jadi 11 ekor..Pelbagai jenis kelah dan ikan-ikan lain. Housemate saya ni asal dari Kelantan, Terengganu dan Perak. Meriah jadinya, kalau boleh bercakap, macam-macam bahasa boleh dengar kat rumah.hehehe
dan inilah rupa pada Hari Khamis :
Sekarang ni aquarium ku bak sungai kata penjual. Ni penjual yang kata. Hari Khamis belinya 4 ekor lagi kelah tapi dapat promo ikan temoleh, dan 2 free give ikan tengas dan ikan terobol.
Berikut adalah jenis-jenis ikan kelah yang ada di rumah buat masa sekarang..Ceh, buat masa sekarang tu, sebab berkenan dengan kelah Pahang sisip biru tapi out off stock.hohoho
1 ekor kelah bara sungai aring, kelantan
1 ekor kelah hulu terengganu
1 ekor kelah sungai kelantan
4 ekor kelah lipan bara sungai banding, perak.
Oklah stop dulu, dekat seminggu tinggal housemate ni sebab balik kampung. Harapnya sihat wal afiatlah bila kami sampai nanti..
Assalamualaikum ~~
Assalamualaikum ~~
No comments:
Post a Comment