Assalamualaikum...
Alhamdulillah bertemu kita sekali lagi. Lama betul menyepi.Dalam hati ingin menulis tetapi terhalang dengan halangan yang sengaja dan tidak sengaja di buat.hehehe..
Apa-apa pun bulan ini penuh peristiwa yang berlaku..mertua Muna tinggal bersama, cuti sekolah bermula, anak sulungku konvo (macam orang besar), dan paling besar, ulang tahun perkahwinanku..=)
14 November 2013 (Khamis)
Tarikh pemindahan mertua Muna dari HUSM, Kubang Kerian ke HRPB, Ipoh..2 minggu yang lalu, ayah mertua Muna diserang strok akibat darah tinggi. Kejadian bermula setelah makan durian bersama minuman gas. Kejadian berlaku pula di dalam hutan. Alhamdulillah ayah mertua Muna pergi ke sana bersama kawan-kawan. Setiap kejadian ada hikmah dah rahmatNya..Sekarang ayah mertua Muna tinggal di rumah kami. Pindah ke sini bagi sesi pemulihan. Suami pun senang nak pantau..Setiap Isnin dan Khamis Muna akan bawa ke Hospital untuk sesi pemulihan. Banyak perubahan dah sekarang. Doakan agar cepat sembuh dah bertambah baik ya..
15 November 2013 (Jumaat)
Bermulanya cuti sekolah sepulangannya daku dari sekolah pada pukul 12 tengah hari. Walau sekolah tamat pada waktu tersebut, program terakhir jamuan murid-murid tahun 6 berakhir lewat. Makanan banyak yang tidak habis jadi sesi membungkus juadah dan membahagiakan kepada rakan-rakan. Yang paling banyak bubur jagung+gandum. Muna bawak balik sebekas besar dan separuh bekas tersebut diberikan kepada jiran sebelah rumah. Tahun ini keputusan UPSR seperti tahun lepas 2012, seorang sahaja yang mendapat 5A. Tahniah di ucapkan kepada Isma Haiqal. Nama best dan pencapaian pun bagus. Alhamdulillah. Walau sudah tamat sesi persekolahan, guru-guru tetap hadir kesekolah pada hari Isnin dan Selasa bagi menyempurnakan kerja-kerja terakhir di sekolah.
16 November 2013 (Sabtu)
Pada pukul 3.00 petang bertempat di Hotel Tower Regency, majlis berlangsung dengan penuh meriah. Pelbagai persembahan dari Cina, India, Melayu dan Orang Putih di adakan.he3..Nasr, anak sulung ku masuk 3 persembahan..
1. Main Percussion Lagu Cina. memula rentaknya perlahan makin lama makin laju. tak ada tangkap gambar waktu kejadian..ni gambar yag dah siap, blur sikit..smart betul anakku.hehehe..Nasr yang kat depan bagi arahan tu..tak ingat nama apa panggil..
2. Sajak Bahasa Inggeris. wah wah wah..ni siap pegang microfon lagi. Alhamdulillah jelas sebutan..Ni adalah gambar untuk tatapan semua. Sajak mengenai I love Malaysia.
3. Tarian Lagu Hindustan..yang ni terkejut den melihatnya.hehehe..nak tergelak pun ada.menjadi la juga tariannya. 2 lagu yang pernah di dengar tapi tak tahu tajuk.lama dah tak tengok cerita Hindustan ni.
Nasrullah juga menerima anugerah akademik terbaik bagi murid berumur 5 tahun. Pelbagai anugerah diberikan, antaranya anugerah murid sopan, anugerah murid senyum menawan, anugerah murid peramah dan macam-macam lagi..Jenuh juga menunggu nama Nasrullah di sebut kerana kesemua murid menerima hadiah buku dan murid-murid tertentu sahaja menerima buku dan trofi..tapi beberapa pun ramai tu sebab banyak anugerah.hehehe...
17 November 2013 (Ahad)
Jeng jeng jeng.. tarikh keramat kami berdua.., Alhamdulillah pejam celik dah 7 tahun kami mendirikan rumah tangga. Terima kasih atas kasih sayang dan kebahagian yang diberi. Pelbagai mehnah, suka, duka, pahit, manis dan masam telah kami tempuhi. Semuanya dapat di terukan dengan sikap bertolak ansur dan bimbingan suamiku, Abg Syed.=).Kadang-kadang diri ini terasa kerdil. Namun Alhamdulillah, sangat bersyukur dengan kurniaan dan nikmat yang Allah berikan ini..Selepas Isya' kami makan kek bersama mertua dan saudara yang tinggal bersama di sini sepanjang cuti persekolahan ini..Cantik dan sedap keknya..Biasanya begitu sahaja dan ada tahun yang terlupa.hehehe..Teruskan membimbing daku ke Syurga..Nilah rupa kek kami..
Ok, sampai disini sahaja. Maaf banyak gambar yang blur dan Terima kasih kerana menjengok di sini.. Jumpa lagi
Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment