اسلام عليكم ورحمة الله وبركته
Hari ni sesi
amali solat telah berlangsung. Cadangan yang dikeluarkan oleh cik abang ku
kepada semua anak saudaranya yang berada di rumah setelah tamat membaca surah
al-waqiah di pagi hari secara berjemaah. Sesi amali akan berlangsung selepas
Asar. Lepas habis baca quran perseorangan ada juga pegang buku baca tapi
sekejap je. Lepas tu main dan mengadap laptop. Takpa, kita tengok petang ni
macam mana.hehehe
Akhirnya
waktunya telah tiba.Selepas Asar, masih-masih berebut buku nak baca. Sebelum
bermula, Muna bagi sedikit penerangan mengenai kaedah solat yang betul
berpandukan buku formula solat sempurna oleh Zaharuddin Abd Rahman.
Masing-masing khusuk mendengarnya.
Untuk anak
saudara perempuan (ada 2 orang berumur 15 tahun dan 11 tahun), Muna yang test.
Alhamdulillah kesemuanya lulus walau ada sedikit sebutan yang perlu dibaiki.
Tapi untuk lelaki ( 3 orang, 17 tahun, 9 tahun dan 7 tahun) perlu ulangan, jadi
suami Muna bagi tempoh untuk menghafal bacaan dalam solat dan in sya allah esok baru akan test.(esok Muna
la test sebab suami kerja ~~) Kami awlakan yang 17 tahun tu, ada bacaan dalam
solat yang tak ingat rupanya.
Apapun ni
beberapa sesi waktu kejadian :
sesi membaca selepas Asar. Tengoklah, main-main juga..
sesi amali solat perempuan
Sesi amali solat lelaki tiada sebab tidak dapat di jalankan tapi sesi iklan ada.hehehe
No comments:
Post a Comment