anak bijak

Didik Al Quran

Joging di Taman Dr Seenivasagam

اسلام عليكم ورحمة الله وبركته

Alhamudlillah..hari ini berpeluang pergi ke taman bersama keluarga. Rancangan yang di cadangkan pergi pada hari Sabtu tidak berkesempatan kerana ada anak saudara yang tidak sihat dan cuaca juga tidak mengizinkan.

Pagi tadi seawal 7.45 pagi kami bertolak menggunakan 2 kenderaan. Di dalam perjalanan, Muna berhenti untuk membeli beberapa jaudah makanan untuk di makan di sana. Biasanya Muna masak je tapi selepas mengajar mengaji tadi, Muna mengemas bilik budak-budak bujang. Lambat siapnya. Kutip baju kotor dan hal-hal lain.

Destinasi yang dituju adalah Taman Dr Seenivasagam, Ipoh. Dah banyak kali kami ke sana. Kali ini kami bawa keluarga suami ke sana. Keluarga Muna juga pernah ke sana semasa mereka singgah tinggal beberapa hari di teratak kami.

Tamannya masih terjaga kerana di sini merupakan salah satu tarikan perlancongan di Perak. Di dalam taman ini terdapat Taman Jepun. Setelah kami pusing 1 round, kami menikmati juadah yang dibeli, nasi lemak dan kuih-muih. Seronok pergi ke sana apabila ramai orang. 

Taman Jepun yang ada gambar jambatan tu..

Tepat jam 10.15 kami  bertolak pulang. Apabila sampai di rumah hajatnya mahu di keluarga baju di dalam mesin tetapi rupa-rupanya baju yang dikutip tadi tidak berbasuh kerana Muna  lupa nak buka air. Tiada air, tidak berjalan la mesin tersebut. Ingat nak jimat masa, jadi lambat juga.



Diwaktu petang pula, anak, anak saudara dan suami membasuh kereta Swift ku. Kotor betul keretanya.hehehe..Enjoy betul kanak-kanak riang membasuh, kerja yang lama menjadi sekejap kerana ramai askarnya. Biasanya, suami dan Nasr sahaja yang membasuh.

Ada seorang lagi anak saudara yang tiada, tersorok sedang membasuh tayar kereta.hehehe

Anak saudara rancang hendak bermain bola sepak selepas membasuh kereta, tu yang tak pakai baju. Takut basah.oklah sampai di sini sahaja. terima kasih membaca



No comments:

Post a Comment