Asslamualaikum
Dah masuk bulan 1 dah. hari ni 20hb januari. Macam-macam aktiviti, macam - macam program sekolah yang sekolah dah rancangkan. Kita follow je apa yang baik.
Oklah, hari ni Muna nak kongsikan mengenai bedak sejuk yang Muna suka pakai. Bedak sejuk ni bukan sebarang bedak. Bedak Asmak namanya. Bukan bedak sejuk sebenarnya tapi sebabkan Muna tak ada masalah kulit. Muna jadikan bedak tu sebagai bedak sejuk.
bedak asmak mula pakai pudar |
Malam ni Muna pakai lagi, setelah bermula 3 hari lepas. Pakai nipis-nipis je. Nanti dia kan nampak bekas tompokan bedak asmak yang kita letak.
Bedak asmak ni dari Tanah liat putih. Tanah liat putih ni ada 1001 khasiat yang ramai sangat orang terlepas pandang. Sama ada tak tahu atau ambil ringan. Hakikatnya, tanah liat lebih baik daripada losyen kulit yang ada kat pasaran sekarang.
lama-lama makin jelas bedak asmak ni |
Khasiat 1 Merawat Ekzema
tanah liat ni boleh melegakan dan mempercepatkan proses penyembuhan kulit dari ekzema. Setakat ni, tak ada lagi ubat dari farmasi yang ada fungsi ni. Kalau ada pun, harganya beratus. Mahal.
Bila serbuk tanah liat yang halus tu terkena pada kulit, secara automatik sel-sel bakteria dan toksin tu akan melekat kat tanah liat tu dan membersihkan kulit.
Nak berita baik lagi? Kalau kulit tak ada alergi, tanah liat ni memang paling sesuai untuk merawat kulit.
Muna baru cuba amalkan |
oklah, nanti muna sambung lagi. Nak tidurkan anak. Menangis pula.
Jumpa lagi. nanti muna ceritakan lagi ke khasiat bedak asmak tanah liat putih ni.
No comments:
Post a Comment