Masih ku ingat semasa memerah hari ke 4 pantang. Akibat ianya membengkak, jadi nak tak nak kena perah awal. Bila dah perah, tengok-tengok ianya berwarna kunig. Aiyyo..kenapa begitu?hihihi bagi gempak sikit..
Disebabkan Muna dalam pantang jadi Muna ingin kongsikan makanan apa yang boleh dan sesuai dimakan oleh orang berpantang. Artikel dari Utusan Malaysia yang dikeluarkan pada 15/5/2007. Selamat membaca ~~
Menu hari ini ku untuk berpantang ialah ayam selasih. Ayam ni suami beli di Lahat. bawa balik dalam keadaan hidup dan sihat. Beli 2 ekor, 1 ekor untuk Muna, 1 ekor lagi untuk bapa mertua. Muna tumpang je sebenarnya sebab asal beli ayam ni pun untuk ayah mertua. Kebetulan ada 2 ekor suami belikan sekali untuk Muna. Seekor dalam RM60 lebih..Terima kasih ya habibati ~~.
Seperti entry sebelum ni Muna ada maklumkan yang Muna ada beli pam baru dan pam lama Muna snowbear merajuk.he3..Jadi di sini Muna ceritakan kelebihan yang ada pam ini yang membuatkan Muna teruja mahu membelinya. Lebih-lebih lagi, Muna tidak pernah ada pam jenis double. Walau hakikatnya sudah lama berkenan dengan Medela Free Style, tapi tahan ke diri untuk membelinya. Lepas ni tak ada dah tahan ke diri. ~~