anak bijak

Didik Al Quran

RPT KSSR Pendidikan Islam & Bahasa Arab Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4

اسلام عليكم ورحمة الله وبركته

Alhamdulillah..sesi persekolahan sudah mula membuka tirai. Bagi sekolah Muna, bermula 27.12, guru perlu hadir ke sekolah untuk bermesyuarat dan membuat persediaan awal tahun. Tahun ni Muna masih memegang jawatan Setiausaha Peperiksaan Dalaman dan UPSR dan Ketua Unit Persatuan Puteri Islam. Bagi waktu pengajaran pula Muna akan mengajar Pendidikan Islam tahun 1, 4, 5 dan 6 dan Bahasa Arab tahun 2 dan 3. 

Ijtima' Keluarga Nikmatilah telah sampai ke penghujungnya

اسلام عليكم ورحمة الله وبركته

Akhirnya telah selesai perjumpaan besar keluarga Muna yang berlangsung selama 3 hari bermula 21.12 sehingga 23.12. Perjumpaan ini padat dengan aktiviti yang hebat dan menarik. Penekanan diberikan adalah mengenai amanat allahyarham tokku nik mat dan hubungan kekeluargaan. Anggaran keluarga kami yang hampir mencapai 1000 orang telah menjadi keharusan supaya perjumpaan ini diadakan supaya kami saling mengingati dan mengenali antara satu sama lain. 

Perjumpaan keluarga besar kami

اسلام عليكم ورحمة الله وبركته

Alhamdulillah telah selesai 1 hari bersama keluarga besar kami, perancangan yang cukup lama dan pernah di tangguhkan. 21.12.2013, bertempat di Pantai Cahaya Bulan, Bachok, Kelantan, Ijtima’ keluarga Nikmatillah berlangsung dengan baik dan lancar. Hari pertama, sesi pendaftaran bermula dari pagi sehingga Zohor. Selepas makan tengah hari dan solat, barulah sesi taklimat dan taaruf  bersama seluruh anak-anak Tokku Nik Mat (adik beradik baba) di jalankan. Program tamat pada waktu Asar dan selepas itu semua kanak-kanak dan anak-anak2 lelaki di benarkan bermain kolam renang. Kuliah Maghrib di jalankan sehingga Isya’ dan selepas makan malan, sesi bergambar bersama keluarga di teruskan sehingga jam 10.30 malam. Aktiviti terpaksa dihentikan awal kerana anak-anak kecil sudah tidur. Anak-anak Muna sendiri tiada dalam gambar kerana sudah kepenatan, tidur di atas kerusi. 

Joging di Taman Dr Seenivasagam

اسلام عليكم ورحمة الله وبركته

Alhamudlillah..hari ini berpeluang pergi ke taman bersama keluarga. Rancangan yang di cadangkan pergi pada hari Sabtu tidak berkesempatan kerana ada anak saudara yang tidak sihat dan cuaca juga tidak mengizinkan.

Pagi tadi seawal 7.45 pagi kami bertolak menggunakan 2 kenderaan. Di dalam perjalanan, Muna berhenti untuk membeli beberapa jaudah makanan untuk di makan di sana. Biasanya Muna masak je tapi selepas mengajar mengaji tadi, Muna mengemas bilik budak-budak bujang. Lambat siapnya. Kutip baju kotor dan hal-hal lain.

Amali Solat di rumah ku

اسلام عليكم ورحمة الله وبركته

Hari ni sesi amali solat telah berlangsung. Cadangan yang dikeluarkan oleh cik abang ku kepada semua anak saudaranya yang berada di rumah setelah tamat membaca surah al-waqiah di pagi hari secara berjemaah. Sesi amali akan berlangsung selepas Asar. Lepas habis baca quran perseorangan ada juga pegang buku baca tapi sekejap je. Lepas tu main dan mengadap laptop. Takpa, kita tengok petang ni macam mana.hehehe