bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil yang dipanggil sinus.
Penyakit resdung ini bukan sekadar mengganggu aktiviti fizikal tetapi juga mengganggu kesihatan mental anda. Ini kerana pesakit resdung sangat mudah mengalami sakit kepala serta mengalami kesukaran untuk bernafas sehingga mengganggu aktiviti harian anda.
Kebiasaannya pesakit resdung akan kerap bersin, alami dengkuran kronik, mengalami batuk, gatal-gatal hidung serta sentiasa berasa letih dan sakit kepala pada waktu pagi. Jika ia semakin kronik, ia mampu menyebabkan telinga pengidap pekak
Alahan terjadi apabila perubahan cuaca, telinga tengah dan tekak membengkak akibat menghidu debunga, hama serta habuk. Perkara itu berlaku kerana hidung mula bertindakbalas lalu mengakibatkan simptom seperti bersin, selesema, gatal mata serta hidung berlarutan.
Mungkin itu kesan yang mudah terlihat dan dirasai namun ketahuilah bahawa penyakit resdung ini akan menjadi bahaya bila sampai tahap kronik ianya boleh membawa maut! Bukan hendak menakutkan anda semua tetapi ini adalah kenyataan yang perlu diketahui.
Berdoa padaNYA agar diberikan kesembuhan |
Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.
Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.
*Dewasa
Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.
=================
Ingin ketahui cara perangi resdung?
Meh borak dengan muna. Kita perangi resdung habis -habisan 😀.
Sebelum perang , jengok review ni.
Muna CHEMOR | 0139240260 | munamham@gmail.com
No comments:
Post a Comment