anak bijak

Didik Al Quran

Esok nak pergi buat rayuan semakan semula pertukaran guru antara negeri. Doakan Muna =)

Assalamualaikum semua.

Hari ni, balik je sekolah Muna sibuk buat surat rayuan. Pelbagai versi yang dikongsi sampai tak tahu nak ikut yang mana satu. Apa pun Muna dah siap surat rayuan. Esok akan terus menuju ke Putrajaya. Kita berusaha. Yang lain, berserah pada NYA. Ada yang nak tengok contoh surat Muna buat ke? Contoh surat Muna buat ni hasil gabungan yang terlah berjaya diluluskan rayuannya. 

Tak pa , tak pa. Sekiranya berjaya berpindah ke KELANTAN. Muna akan kongsikan contoh surat rayuan yang Muna buat. Doakan Muna ya. Takut yang amat nak bercakap dengan pegawai.

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat. 

Eh lupa pula, balik sekolah tadi Muna pergi pos minyak herba asmak dan kopi habibi. Minyak Herba Asmak Muna jual ni super cute. Ramai yang beli sebab boleh simpan dalam handbag. 


Jadi sampai je kat rumah, baru Muna sibuk buat surat rayuan. hihihi.


Ok Selamat malam semua. 

No comments:

Post a Comment